Harian Metro

TELITI MODAL PEMULA RM50K

- Bernama

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meneliti cadangan untuk mengurangk­an modal permulaan perniagaan francais kepada hanya RM50,000 berbanding lazimnya minimum RM100,000 bagi mempermuda­h usahawan mikro terutama menceburi sektor itu.

Timbalan Ketua Setiausaha­nya, Dr Alauddin Sidal berkata, kementeria­n juga bercadang melaksanak­an pakej francais mampu milik bernilai RM100,000 ke bawah khususnya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).

Menurutnya, ini adalah antara fokus KPDNHEP dalam merangka hala tuju industri francais dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pada 2021-2025 yang bertujuan merancakka­n lagi pertumbuha­n industri francais industri francais yang terjejas ekoran pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Pameran dan Persidanga­n Francais Maya Antarabang­sa Malaysia 2020 (Virtual FIM2020) dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Francais Malaysia (MFA) ke-25 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Alauddin juga yakin sektor francais mampu mencapai sasaran nilai jualan RM24 billion menjelang 2025 yang ditetapkan KPDNHEP.

Pada tahun lalu, nilai jualan francais meningkat 18 peratus kepada RM13 billion berbanding RM11 billion pada 2018.

Beliau berkata, model perniagaan francais juga dilihat sebagai perniagaan lebih berdaya tahan kerana mampu menghadapi krisis ekonomi akibat Covid-19.

“Sehingga kini, kami juga tidak menerima sebarang permohonan daripada francaisi dan francaisor untuk menghentik­an atau menutup perniagaan masing-masing.

Malah, kedua-dua pihak saling bekerjasam­a yang mana francaisor membantu dari segi memberi pengecuali­an bayaran royalti, yuran francais dan mengurangk­an kos operasi francaisi,” katanya.

Setakat ini, 646 perniagaan francais berdaftar dengan Pendaftar Francais yang merangkumi 583 jenama tempatan manakala 63 mewakili jenama asing.

Pada tahun lalu, 292 pendaftara­n perniagaan itu diluluskan berbanding 40 pada tahun sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia