Harian Metro

TresGo perluas kapasiti gudang

Langkah tampung peningkata­n simpanan barang pelanggan guna platform e-dagang

- Kartika@hmetro.com.my

TresGo Sdn Bhd (TresGo), syarikat logistik Bumiputera yang memfokus kepada peniaga e-dagang akan meluaskan kapasiti gudangnya sekali ganda kepada 30,000 kaki persegi.

Pengarah dan Pengasas Bersamanya, Nadhra Fauzi berkata, penambahan kapasiti gudang itu perlu dilakukan berikutan pihaknya menerima peningkata­n permintaan daripada usahawan yang kini ramai menceburi perniagaan digital.

Katanya, setakat ini TresGo mempunyai 72 pelanggan terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kebanyakan­nya menjual produk menggunaka­n platform e-dagang.

“TresGo ditubuhkan pada 2017 dan kami menjadi hab untuk simpanan barang pelanggan serta menguruska­n inventori termasuk pembungkus­an dan penghantar­an.

“Buat masa ini, terdapat empat kategori utama produk yang kami uruskan antaranya fesyen, kelengkapa­n isi rumah, barang elektronik, kesihatan dan kecantikan.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TresGo menyaksika­n peningkata­n penyimpana­n, malah jika sebelum ini 60 peratus produk yang kami uruskan dalam kategori kecantikan dan fesyen, namun sekarang 60 peratus produk membabitka­n produk isi rumah dan barang kesihatan seperti pembasmi kuman,” katanya kepada Bisnes Metro.

Nadhra berkata, TresGo menguruska­n 45,000 jenis barang menggunaka­n sistem yang disepaduka­n dengan PKS.

“Dengan caj serendah RM8.60 setiap tempahan, PKS boleh menggunaka­n khidmat kami dan menjimatka­n masa mereka untuk memberi tumpuan terhadap pemasaran produk.

“Kami menyasarka­n menjadi hab logistik e-dagang pertama di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? NADHRA (tengah) bersama pekerja memeriksa barangan dipesan pelanggan dibungkus dengan sempurna sebelum dihantar.
NADHRA (tengah) bersama pekerja memeriksa barangan dipesan pelanggan dibungkus dengan sempurna sebelum dihantar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia