Harian Metro

BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG

Rancang dirikan rumah tangga dengan Najla Samshul Disember ini Rezeki datang daripada Allah dan saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin sebab kebanyakan pelakon yang terkenal sekarang ini pun sudah berkahwin

-

“Nama saya mula melonjak naik ketika saya melakonkan watak Ray dalam drama Gantung The Series. Saya dapat lihat impak yang luar biasa dalam karier seni saya yang baru bermula ketika itu,” katanya.

Menurut Ikmal, biarpun namanya sudah semakin kukuh namun dia akui pada permulaan terbabit dalam dunia seni tidak banyak tawaran diterima daripada stesen televisyen arus perdana.

“Saya perlu memberi kredit kepada syarikat pengurusan saya iaitu Absolute Talents & Management kerana sentiasa berusaha mencari peluang untuk saya membintang­i drama.

“Mereka sentiasa memperkena­lkan bakat yang masih baru ini untuk naik secara perlahan-lahan. Saya anggap perjalanan yang ditempuh sejak 2018 adalah satu pengalaman yang cukup manis dan akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Bagi Ikmal, tahun 2020 mencatatka­n satu sejarah baru dalam hidupnya apabila graf seninya sebagai pelakon naik dengan ketara apabila tawaran yang diterima tidak henti.

“Tahun ini adalah tahun yang paling bermakna kerana walaupun negara kita dilanda wabak Covid-19 dan perlu melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun saya dapat banyak tawaran berlakon.

“Dalam tempoh lima tahun membabitka­n diri sebagai pelakon saya sentiasa memperbaik­i kelemahan lakonan saya dari satu naskhah ke naskhah yang lain.

“Disebabkan itu juga, mungkin syarikat produksi nampak perubahan dan kesungguha­n saya dalam menterjema­hkan setiap watak yang dibawakan ke kaca televisyen,” katanya.

Antara drama lakonan Ikmal ialah Mencintaim­u Mr. Photograph­er (Astro), Sejuta Rasa Buat Adelia (Astro), Aku Cinta Dia (TV3), Puteri Yang Ditukar (Astro), Memoir Karmila (RTM) dan Bila Cupid Jatuh Cinta (TV3).

Siapa sangka, memiliki sahabat baik yang turut menempa nama dalam bidang seni, Ikmal menggunaka­n peluang terbabit dengan menimba ilmu lakonan daripada Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf.

Ikmal berkata, mungkin ramai yang tidak tahu dia seorang yang komited dan bersungguh-sungguh dalam membawakan setiap watak supaya tidak menerima kritikan negatif daripada penonton selain enggan dikatakan hanya menjual paras rupa semata-mata.

“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya banyak menimba ilmu daripada kawan baik saya dalam industri seni.

“Setiap kali menerima tawaran berlakon saya pasti akan duduk dan berbincang dengan

Aedy dan Syafiq untuk menjayakan setiap watak. Mereka selalu memberi nasihat dan motivasi supaya setiap watak yang dibawakan ada warnanya,” katanya yang menerima tawaran berlakon dua filem tahun ini.

Ikmal yang juga tunangan kepada personalit­i media sosial dikenali, Najla Samshul bakal melangsung­kan perkahwina­n pada 19 Disember ini.

Walaupun karier seninya sedang meningkat, Ikmal percaya rezeki akan lebih mencurah-curah selepas mendirikan mahligai perkahwina­n.

“Saya percaya dengan ketentuan Ilahi. Sejujurnya, nama saya semakin dikenali ramai pun selepas bertunang.

“Saya bersyukur dihujani pelbagai tawaran berlakon selepas bertunang pada Mei lalu termasukla­h mendapat tawaran untuk membintang­i dua filem Oktober ini.

“Rezeki datang daripada Allah dan saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin sebab kebanyakan pelakon yang terkenal sekarang ini pun sudah berkahwin,” katanya.

Menurut Ikmal, majlis pernikahan mereka akan berlangsun­g di kampung halaman Najla di Negeri Sembilan sebelum resepsi sebelah lelaki, pada 27 Disember di Subang Jaya.

Menurut Ikmal, dia kini lebih fokus mempersiap­kan diri dengan membuat persediaan rohani.

“Saya lebih mempersiap­kan diri daripada segi rohani, bagaimana untuk menjadi suami yang baik sebab bukan satu perkara yang mudah untuk jaga anak orang.

“Soal duit saya tak risau sangat sebab Allah akan tolong orang yang buat benda baik. Cuma, saya banyak minta nasihat daripada kawankawan yang sudah berkahwin dan bertanya sendiri pengalaman dan cabaran selepas berumah tangga,” katanya.

Ikmal dan Najla berkenalan sejak tiga tahun lalu dan mengikat tali pertunanga­n mereka pada 27 Mei lalu.

IKMAL AMRY

 ??  ?? IKMAL akan mendirikan rumah tangga dengan personalit­i media sosial.
IKMAL akan mendirikan rumah tangga dengan personalit­i media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia