Harian Metro

TAKUT KE TAK?

Filem bergenre komedi seram dengan lawak segar lebih santai

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Meskipun menonton wayang kini mempraktik­kan situasi norma baharu, peminat filem tempatan boleh menyaksika­n karya sentuhan Muzammer Rahman.

Muzammer yang berani menyahut cabaran, kini tampil mempertaru­hkan karya bergenre komedi seram arahannya berjudul Takut Ke Tak.

Diterbitka­n produksi Jazzy Pictures (M) Sdn Bhd, filem Takut Ke Tak sudah menjengah tayangan di pawagam tanah air mulai 27 Ogos lalu.

Hadir pada majlis pratonton filem itu, karya Takut Ke Tak memuatkan aksi komedi segar yang santai dan mampu menghiburk­an penonton.

Mengulas karyanya, Muzammer berkata dia sangat berusaha dalam penghasila­n filem itu kerana mahu membuktika­n bakat sutradara dimilikiny­a.

“Apatah lagi, bukan mudah untuk mendapatka­n kepercayaa­n penerbit.

Jadi, saya begitu teliti dan memastikan hasil filem ini mampu menghiburk­an penonton.

“Walaupun, saya sedar masih kurang dari segi pengalaman tetapi peluang yang diperoleh itu harus dibuktikan dengan sebaik mungkin.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang. Ditambah, saya mendapat kerjasama sangat baik daripada pasukan tenaga produksi filem ini,” katanya.

Sekalipun memberi ruang pada beberapa pelakon baharu untuk watak utama, Muzammer

Apatah lagi, bukan mudah untuk mendapatka­n kepercayaa­n penerbit. Jadi, saya begitu teliti dan memastikan hasil filem ini mampu menghiburk­an penonton MUZAMMER

mengaku dia yakin dengan barisan pelakon dipilihnya.

“Saya cuba menghasilk­an filem ini dengan objektif memberi hiburan kepada penonton. Justeru, apa yang diinginkan ialah penonton terhibur.

“Dalam situasi sekarang yang memerlukan kita semua cuba membiasaka­n diri menjalani kehidupan harian secara norma baharu, elakkan tekanan.

“Justeru, hiburan yang ringan perlu untuk membuat kita tertawa dan kembali ceria. Secara tak langsung, tekanan fikiran dapat dilepaskan.

“Apapun, harapan saya semoga filem Takut Ke

Tak ini akan diterima baik penonton. Malah, dapat membantu mewarnai semula industri filem tempatan,” katanya.

Biarpun boleh dianggap masih bertatih dalam memahat bakat pengarahan­nya, Muzammer pernah menang trofi The Young Filmmakers Award 2015.

Sehubungan itu, barisan pelakon filem ini terdiri daripada Nabil Aqil sebagai Abbas, Ika Nabella (Linda), Fabian Loo (Yang Guo), Arwind Kumar (Sivar),

Han Zalini (Amir), Daniella Sya (Si Cantik), Delimawati (Penunggu), Ropie (Profesor) dan Sherry Aljeffri (Nenek).

Berkongsi coretan kisah diketengah­kan filem ini, ia memaparkan mengenai lima pelajar jurusan filem yang merancang untuk melakukan penggambar­an di sebuah rumah berhantu.

Bagaimanap­un, mereka harus berhadapan dengan satu demi satu kejadian pelik dan menyeramka­n yang terjadi tanpa diduga.

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyiapkan penggambar­an yang di rancang itu, termasuk keluar daripada perangkap rumah berhantu?

Semua jawapan pastinya ada dalam filem Takut Ke Tak. Malah, menariknya ada babak akan membuatkan penonton tertawa kerana agak lucu.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam filem berkenaan.
ANTARA babak menarik dalam filem berkenaan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia