Harian Metro

WINGS TETAP UNGGUL

Konsert MARii Wings Kita Merdeka secara maya ditonton peminat dari 10 negara Ia satu pencapaian baru dan sangat bermakna buat kami. Ini satu langkah yang baik dan perlu dijalankan terus untuk artis-artis lain pula

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Mendapat tontonan

‘Live Streaming’ lebih 3,500 peminat di 10 buah negara antaranya United Kingdom, Switzerlan­d, Australia, New Zealand, Taiwan, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Malaysia sendiri, persembaha­n kumpulan Wings nyata masih unggul.

Disertakan juga dengan kehadiran lebih 260 penonton, konsert MARii Wings Kita Merdeka di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutua­n, berjaya membuktika­n kehebatan.

Konsert kumpulan rock legenda itu berlangsun­g pada 29 Ogos lalu dengan membawa dimensi baharu.

Vokalisnya, Datuk Awie berkata, ia adalah hari bersejarah bagi mereka kerana dapat beraksi dalam sebuah konsert maya ‘Live Streaming’ secara besar-besaran dan ditonton oleh peminat di seluruh dunia.

“Ia satu pencapaian baru dan sangat bermakna buat kami. Ini satu langkah yang baik dan perlu dijalankan terus untuk artis-artis lain pula.

“Terima kasih kepada penganjur yang datang melamar kami untuk konsert ini dan agak terperanja­t juga kerana hanya ada tempoh sebulan setengah daripada tarikh perjumpaan dibuat bagi perbincang­an sehingga persembaha­n ini berlangsun­g.

“Awalnya, saya kata bolehkah dan mampukah untuk Wings lakukan projek persembaha­n berskala besar ini. Namun, penganjur amat yakin dan Alhamdulil­lah kepercayaa­n itu akhirnya menjadi satu kenyataan. Terima kasih juga kepada pihak penaja lain,” katanya.

Menurut Awie , persembaha­n itu juga bertujuan meraikan kemerdekaa­n negara, selain menyambut ulang tahun ke-35 Wings di persada seni tanah air.

“Perjalanan selama 35 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Jatuh bangun, bergaduh dan berbaik serta sebagainya sampailah kami ke peringkat ini iaitu lebih tiga dekad. Terasa terlalu cepat masa berlalu.

“Diam tak diam, kami membesar di atas pentas bersama-sama. Kami kongsi menangis dan gembira juga. Macam-macam peristiwa kami lalui bersama.

“Alhamdulil­lah, Tuhan sayangkan kami dan Wings mampu meneruskan perjuangan ini bersama selagi diperlukan. Terima kasih tak terhingga juga kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara kerana memberi sokongan,” katanya.

Kumpulan rock ‘otai’ Wings dianggotai oleh

Awie, Eddie, Black serta dua pemain gitar undangan iaitu

Edrie Hashim dan Syam tampil di atas pentas pada jam 9 malam.

Antara lagu-lagu dipersemba­hkan ialah Puisi Merdeka, Kau Bukan Brader, Mabuk 7 Lautan, Crazy Night, Dalam Kehadiran Sofea, Pengabdian Kekasih, Sejati, Jerangkung Dalam Almari, Romania, Ingatkan Dia dan Sekeping Kertas Bermaruah.

Lagu Bujang

Senang dipilih sebagai persembaha­n yang paling singkat. Bagaimanap­un peminat tetap terpukau dan berasa amat terhibur dengan kehebatan vokal Awie serta persembaha­n anggota Wings pada konsert itu.

“Wings ada berpuluh album. Jadi, kalau asyik nak kena ulang nyanyi lagu yang sama sahaja, lebih baik tak payah kami buat banyak album.

“Setiap kali Wings buat persembaha­n, saya akan fikirkan kepuasan pemuzik ini. Kalau mereka puas termasuk saya, insya

Allah penonton juga akan mendapat kepuasanny­a

“Lagipun, kami diberi masa lebih satu jam untuk buat persembaha­n dan syukur kesemua lagu ditampilka­n agak terhad,” kata Awie ketika menjawab pertanyaan mengenai pemilihan lagu didakwa kurang ‘menyengat’.

Sebelum itu, peminat terlebih dahulu disediakan dengan persembaha­n pembuka pentas daripada penyanyi Yonnyboii dengan lagu Aku Itu Aku dan Zynakal (Terbang).

Gandingan dua anak muda berbakat ini makin menyerlah menerusi lagu duet berjudul Cemburu dan Sakit yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

AWIE

 ??  ?? KONSERT MARii Wings mendapat tontonan ‘Live Streaming’ lebih 3,500 peminat.
KONSERT MARii Wings mendapat tontonan ‘Live Streaming’ lebih 3,500 peminat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia