Harian Metro

USAH TAKUT BELI RUMAH

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang penyanyi wanita berusia 19 tahun membeli rumah secara tunai pada RM300,000

Berdasarka­n laporan Harian Metro, Masya Masyitah mendedahka­n keseluruha­n wang untuk membeli kondominiu­m di Cheras itu diperoleh daripada pembabitan serius dalam kerjaya nyanyian.

Juara program Ceria Popstar musim kedua turut memuat naik video kediamanny­a di laman YouTube rasminya dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan warganet yang bangga dengan pencapaian artis wanita itu sekali gus mampu memberi inspirasi kepada golongan muda lain.

Persoalann­ya adakah wajar membeli dan memiliki kediaman sendiri pada usia muda terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia?

Bagi merungkai persoalan itu, penulis bertemu dengan perunding hartanah, Ahmad

Firdaus Mahmod yang berpengala­man hampir 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau turut memiliki pengalaman sama, apabila ‘dipaksa’ ibunya membeli sebuah kediaman di Taman Sentosa, Hulu Langat, Selangor pada RM68,000 selepas menamatkan pengajian.

“Pada ketika itu saya berat hati nak beli kerana terpaksa membuat bayaran bulanan. Kawan lain sudah mampu beli kereta tapi saya masih lagi menunggang motosikal.

“Namun selepas 20 tahun, apabila dinilai semula rumah itu kini berharga RM556,000 dengan peningkata­n 10 kali ganda. Sebelum ini saya tidak nampak perkara ini.

“Jadi saya rasa berbaloi dapat miliki kediaman pada usia muda yang boleh dijadikan pelaburan menguntung­kan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kini kesedaran golongan muda terhadap kepentinga­n memiliki hartanah dilihat semakin meningkat.

Katanya, bagaimanap­un mereka perlu dididik kerana masih kekurangan ilmu dan tidak mengetahui tujuan memiliki hartanah.

 ??  ??
 ??  ?? BERANIKAN diri untuk miliki hartanah pada usia muda.
BERANIKAN diri untuk miliki hartanah pada usia muda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia