Harian Metro

KECIL TAPI SELESA

Suri rumah gembira tidak lagi menyewa, kediaman dekat dengan kemudahan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

“Biar kecil tapi puas hati kerana miliki kediaman sendiri,” kata seorang suri rumah, Rosmawati Ismail, 40, mengenai rumah kos sederhana yang dibeli di Taman Kinding Raya, Tanjung Rambutan, Perak, dua tahun lalu.

Rumah tiga bilik dengan keluasan 20 x 65 kaki persegi sudah memadai dan memberi keselesaan untuk mereka sekeluarga.

Rosmawati berkata, sejak berkahwin dengan suaminya, Shah Rizan Jaafar, 39, mereka menyewa di sebuah rumah teres di Taman Klebang Putra, Chemor, Perak, dengan bayaran RM380 sebulan selama sembilan tahun.

“Dalam tempoh itu, kami terpaksa menangguhk­an hasrat untuk memiliki kediaman sendiri untuk memastikan keadaan wang benarbenar stabil.

“Tipulah saya cakap tidak mahu miliki kediaman sendiri, namun kami tidak mahu terbeban dengan komitmen bayaran bulanan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, dia kemudian berpindah menyewa sebuah rumah kos sederhana di Tanjung Rambutan kerana lokasinya lebih dekat dengan tempat suaminya bertugas sebagai pembantu perawatan kesihatan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta.

“Sebelum ini suami terpaksa berulang-alik agak jauh dari kediaman lama ke tempatnya bertugas.

“Kami tinggal di situ selama setahun sebelum pemilik rumah mahu mengambil semula rumah terbabit,” katanya.

Tambahnya, dalam tempoh dua bulan, mereka terpaksa mencari kediaman baru di kawasan sekitar.

“Alhamdulil­lah dengan izin Allah, kami mendapat maklumat melalui seorang rakan yang memaklumka­n terdapat rumah ingin dijual di kawasan berhampira­n dengan harga agak berpatutan.

“Tanpa berfikir panjang, kami ambil keputusan untuk membeli kediaman itu” katanya.

Beliau berkata, keluargany­a turut gembira memiliki kediaman sendiri berikutan lokasinya yang strategik.

“Kawasan perumahan ini, berhampira­n dengan

 ??  ?? RUANG tamu yang luas.
RUANG tamu yang luas.
 ?? FOTO IHSAN ROSMAWATI ISMAIL ?? SEKOLAH berhampira­n kediaman.
FOTO IHSAN ROSMAWATI ISMAIL SEKOLAH berhampira­n kediaman.
 ??  ?? RUMAH kos sederhana.
RUMAH kos sederhana.
 ??  ?? BERDEKATAN dengan balai polis.
BERDEKATAN dengan balai polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia