Harian Metro

Pameran galak industri selepas pandemik Covid-19

-

Pemaju terkemuka bandar ultrapolis i-City, I-Berhad, Selangor bakal menganjurk­an Pameran Selangor Golden Triangle (SGT) untuk meningkatk­an keyakinan umum sekali gus membantu merangsang ekonomi negara yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Pameran ‘Selangor Golden Triangle - The World of Digital Possibilit­ies’ yang dijadualka­n berlangsun­g pada 1 hingga 4 Oktober ini di Pusat Membeli Belah Central i-City itu bertujuan memperliha­tkan transforma­si berterusan i-City dan SGT di bawah pelan pembanguna­n 25 tahun dalam menjadi pemangkin kepada perdaganga­n dan komunikasi di sebalik unjuran prestasi semasa ekonomi yang buruk.

Pengerusi I-Berhad, Tan

Sri Lim Kim Hong berkata, pihaknya yakin Malaysia boleh melepasi kemelut ekonomi untuk kembali berdaya saing di pentas dunia dengan bantuan kerajaan, para pemimpin perniagaan dan rakyat

Malaysia.

“Selangor, sebagai sebuah kuasa ekonomi negeri paling progresif adalah penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia iaitu mewakili hampir 24 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjadi peneraju kepada syarikat lain untuk bersamasam­a mengukuhka­n semula ekonomi negara.

“Syarikat terkemuka antarabang­sa dan tempatan juga akan menyertai pameran yang membuka peluang serta menawarkan padanan perniagaan selain memajukan bidang kerjasama baharu untuk menggalakk­an atau mewujudkan hasil pendapatan.

“Nama-nama besar seperti Huawei, HIKvision, SenseTime, GreenTech, BMW, Doubletree Hilton menjadikan pameran tahun ini sebagai peluang bagi pengunjung sama ada orang awam atau komuniti perniagaan untuk mengetahui dan menikmati pengalaman luar biasa,” katanya.

Selain itu, pameran yang diadakan juga bertujuan membolehka­n pengunjung menyelami pelbagai skop kehidupan mereka di SGT - sebuah bandar digital masa depan yang dilengkapi dengan teknologi pintar ke arah mewujudkan komuniti mampan dan bertanggun­gjawab.

Antara aktiviti lain yang bakal diadakan termasuk taklimat percuma berkaitan kesihatan, cukai dan harta benda, pemeriksaa­n kesihatan dan penglihata­n, pemanduan kereta pintar BMW dan Tesla yang baharu, pameran patung tokoh dan artis terkenal seperti Mr Bean di Muzium Lilin Red Carpet 2 dan banyak lagi.

Pengunjung juga boleh memasuki Snow Village secara percuma dan menikmati pelbagai tarikan lain di i-City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia