Harian Metro

AKTIF DENGAN NGO

Pengalaman bergaul rakan dari keluarga bermasalah beri kesedaran

-

Malah pelbagai anugerah, jawatan dan aktiviti dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan belia yang dijalankan 2017 di dalam mahupun luar negara.

Dek kerana minat mendalam untuk membantu belia, Nurliana sanggup menolak tawaran biasiswa melanjutka­n pengajian ke luar negara untuk menjadi seorang doktor

Malah pernah melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi penulis, guru, pencanting batik, jururawat, usahawan dan kini sebagai pengasas akademi usahawan, usahawan pakaian Muslimah serta penasihat kepada Hub Usahawan Digital dan Smart Belia Malaysia-Pahang.

Pada masa sama, Nurliana melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Projek di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Dia yang mesra disapa Sis Liaa mengakui membesar dalam kalangan rakan yang mempunyai latar belakang keluarga bermasalah termasuk perceraian, terbabit dengan gejala dadah, kaki ponteng, mat rempit dan sebagainya.

“Keadaan ini membuat, saya tersedar dan terfikir bahawa golongan muda yang bakal mewarisi negara perlu didekati serta diberikan kesedaran bahawa mereka adalah golongan yang amat berharga.

“Oleh itu, fikir sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong itu demi mencapai kejayaan sekali gus menjadi pemimpin di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Nurliana berkata, dia mula bergiat aktif dalam pelbagai program kepimpinan, motivasi, kesukarela­wan, kesukanan yang dianjurkan pihak sekolah sejak berusia sembilan tahun.

“Hujung minggu saya terisi dengan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan. Saya lebih tertarik untuk mengikuti program-program ini daripada membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

“Biarpun begitu, saya akui seorang pendiam dan tidak memiliki keyakinan

 ??  ?? AKTIF berkongsi ilmu dengan usahawan muda.
TIDAK kekok mendekati golongan lebih berusia.
MENJADI moderator program Pembudayaa­n Usahawan Belia.
AKTIF berkongsi ilmu dengan usahawan muda. TIDAK kekok mendekati golongan lebih berusia. MENJADI moderator program Pembudayaa­n Usahawan Belia.
 ??  ?? MENERIMA anugerah yang disampaika­n Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MENERIMA anugerah yang disampaika­n Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia