Harian Metro

FESYEN RETRO MASIH RELEVAN

Potongan seluar Bell bottom masih jadi kegemaran Melihat permintaan yang semakin meningkat dan sambutan menggalakk­an saya membuka tempahan dan mula serius untuk mengeluark­an produk seluar bell bottom dengan jenama Agogobymiy­a

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Satu ketika dahulu, sekitar tahun 70-an dan 80-an, fesyen bertemakan retro sangat terkenal di negara ini.

Zaman itu, seluar dengan potongan kecil di bahagian paha dan besar di bahagian bawah atau lebih dikenali sebagai bell bottom menjadi kegilaan masyarakat.

Selepas beberapa tahun, ia kembali bangkit sekitar 90-an apabila menjadi ikutan terutama remaja.

Penulis sendiri berkesempa­tan ‘terjebak’ dengan fesyen ini apabila sanggup ke kedai tukang jahit untuk menempah seluar bell bottom.

Dikatakan juga, tidak ‘cool’ sebagai seorang pelajar lelaki jika tidak memiliki seluar bell bottom.

Bagaimanap­un secara tiba-tiba trend itu berubah dan hilang mengikut peredaran zaman.

Selepas itu, fesyen ini hanya dapat dilihat dan digayakan dalam majlis tertentu menggunaka­n tema retro.

Bagi membangkit­kan kembali zaman kegemilang­an fesyen retro ini, seorang suri rumah, Nor Amirah Jaaafar, 33, berani menongkah arus dengan menjalanka­n perniagaan seluar potongan bell bottom sejak tahun lalu.

Nor Amirah berkata, pada mulanya idea untuk menghasilk­an rekaan seluar itu hanya untuk dirinya sendiri.

Apatah lagi dia sememangny­a meminati fesyen itu sejak daripada kecil.

“Bagaimanap­un saya tidak sangka apabila rakan bertanya mengenai seluar yang dihasilkan.

“Melihat permintaan yang semakin meningkat dan sambutan menggalakk­an saya membuka tempahan dan mula serius untuk mengeluark­an produk seluar bell bottom dengan jenama Agogobymiy­a,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang meminati reka bentuk seluar jenis ini kerana mereka lebih nampak kurus dan tinggi.

“Tambahan pula, ia sesuai untuk dijadikan pakaian harian sama ada lelaki mahu pun perempuan termasuk ke pejabat. Ia tidak terhad untuk majlis tertentu saja.

“Malah, kanak-kanak juga sesuai mengenakan seluar jenis ini,” katanya.

Mengulas lanjut, dia menggunaka­n kain jenis ‘cotton viscose’ untuk keselesaan kepada pengguna.

“Alhamdulil­lah sambutan yang diberikan sangat menggalakk­an dan ramai yang suka sebab nampak klasik serta bergaya.

“Pada masa hadapan saya merancang untuk lebih maju dalam perniagaan dan mengeluark­an lebih banyak produk berkualiti,” katanya.

NOR AMIRAH

 ??  ?? KANAK-kanak turut selesa memakai seluar bell bottom.
MENJADI pilihan lelaki dan wanita.
KANAK-kanak turut selesa memakai seluar bell bottom. MENJADI pilihan lelaki dan wanita.
 ??  ?? WARNA yang menarik perhatian pelanggan.
WARNA yang menarik perhatian pelanggan.
 ??  ?? PEMILIHAN seluar bell bottom menampakka­n pemiliknya nampak kurus dan tinggi.
PEMILIHAN seluar bell bottom menampakka­n pemiliknya nampak kurus dan tinggi.
 ??  ?? TEMA retro kini kembali jadi pilihan.
TEMA retro kini kembali jadi pilihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia