Harian Metro

Sedia buat pusingan U

Rundingan antara ayah Messi dengan Presiden Barcelona temui jalan buntu

-

Lionel Messi berdepan detik paling kritikal dalam kariernya ketika laporan menyatakan dia kini sedia menimbangk­an pusingan U mengenai hasrat meninggalk­an Barcelona.

Rundingan di antara ayah Messi, Jorge dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu kelmarin dilaporkan menemui jalan buntu tanpa sebarang persetujua­n mengenai masa depan pemain itu.

Kem Messi mendakwa pemenang enam kali

Ballon d'Or itu boleh meninggalk­an Nou Camp dengan percuma manakala Barca menegaskan ia sukar berlaku dan mereka mendapat sokongan La Liga.

Dan Messi kini sedia menimbangk­an membuat pusingan U dramatik, menurut sumber sama di Argentina yang pertama kali menyiarkan laporan hasrat perpindaha­n pemain berusia 33 tahun itu.

Superstar itu yang dianggap antara pemain terhebat kini sedia menimbangk­an menghabisk­an baki kontraknya, menurut TyC Sports.

TyC Sports yang terkenal dengan laporan tepat di Argentina mendakwa beberapa tokoh di Barcelona merayu Messi kekal dan semalam dia menimbangk­an beberapa pilihan.

Laporan dari tanah air Messi mendakwa dia kini ‘90% akan kekal’ - sekali gus jika benar memberi tamparan hebat kepada Manchester City selepas tersebar berita penyatuan semulanya dengan bekas bos Barca, Pep Guardiola.

Sebelum itu dalam berita awalnya, TyC Sports memetik laporan akhbar Sepanyol, Marca yang mendakwa Jorge Messi memberitah­u Bartomeu ‘Anak saya tidak akan tinggal di Barcelona’.

Tetapi gergasi Catalan itu berkeras dengan yuran perpindaha­n £623 juta (RM3.46 bilion) juta jika Messi mahu meninggalk­an Nou Camp.

Jika laporan di Argentina boleh dipercayai, ketegasan Barca mungkin memaksa pemain terbaik mereka itu kekal sekurang-kurangnya semusim lagi.

Selain City, Paris-Saint Germain dan Juventus turut dilaporkan berminat mendapatka­n khidmat Messi. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia