Harian Metro

PKBM pertaruh atlet senior ke Sukan Sea Vietnam

-

Kuala Lumpur:

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mempertaru­hkan atlet senior ke temasya Sukan Sea Vietnam tahun depan.

Perkara itu sudah dipersetuj­ui oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas sesi perjumpaan bersama persatuan sukan semalam.

Tegas koordinato­r pasukan, Kamarul Aizad Othman,

Ini kerana berdasarka­n pengalaman dan statistik pemenang di temasya lalu, semua pelumba yang meraih pingat berusia 22 tahun ke atas”

ini kerana penyertaan skuad negara kali ini adalah misi bertanding untuk menang dan bukan penyertaan menimba pengalaman selain percubaan kembali membawa pulang emas dalam acara lebuh raya yang kali terakhir dimenangi di Sukan Sea Singapura pada 2015 menerusi Harrif Salleh.

“Hampir 75 peratus pasukan basikal negara akan dibarisi pelumba senior dan hanya 25 peratus junior membabitka­n barisan pelumba terbaik.

“Perkara itu sudah dijelaskan kepada MOM dan mereka menerima alasan kami. Ini kerana berdasarka­n pengalaman dan statistik pemenang di temasya lalu, semua pelumba yang meraih pingat berusia 22 tahun ke atas,” katanya.

Untuk rekod, pada temasya Sukan Sea Vietnam tiada acara trek dipertandi­ngkan dengan penganjur hanya akan menawarkan sembilan emas untuk acara lebuh raya.

Seramai 22 atlet akan dipilih membabitka­n enam pelumba untuk acara lepas beramai-ramai, ujian masa berpasukan (4), ujian masa individu (2), basikal bukit (4).

Bagi kategori wanita, empat dalam acara lebuh raya dan dua ujian masa individu.

Pada penyertaan di temasya lalu, skuad berbasikal membawa pulang satu gangsa dalam acara BMX menerusi Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff.

Kamarul Aizad

Sekarang sudah ada satu tempat kosong di dalam skuad negara untuk menggantik­an tempat saya. Saya doakan kejayaan semua dan ingatlah bukan senang untuk capai tahap tertinggi”

 ??  ?? HELMI
HELMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia