Harian Metro

‘Keluar kos tinggi sikit pun tak apa’

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak kisah sekiranya terpaksa mengeluark­an kos tinggi untuk menghantar atlet junior ke Sukan Sea Vietnam seperti diinginkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Pada mesyuarat kriteria pemilihan Sukan Sea antara MOM dan persatuan sukan semalam, Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, pihaknya kini menimbang untuk menghantar seramai 60 peratus atlet junior dan 40 peratus senior.

Bagaimanap­un, beliau menuntut kerjasama dari semua pihak untuk merealisas­ikan perkara itu.

“Ada sedikit perubahan pada penyertaan atlet ke Sukan Sea kali ini yang mana kita mahu menyenarai­kan lebih ramai atlet junior.

“KOM sudah mencuba pendekatan itu dengan menghantar 40 peratus atlet junior pada Sukan Sea lalu. Pasal kos itu jangan diambil kira kalau nak pingat kita perlu bekerjasam­a,” katanya.

Begitupun, tiada jaminan semua pemenang lima pingat emas di Sukan Sea Filipina lalu akan layak secara automatik ke temasya dwi tahunan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih, Mohd Manshahr Abdul Jalil berkata, KOM masih belum memutuskan sasaran serta kriteria pemilihan atlet ke Sukan Sea kerana perkara itu akan dinilai semula selepas atlet menyertai beberapa pertanding­an selepas ini.

“Masa masih panjang dan atlet masih ada masa. Mereka yang menang di Sukan Sea tak semestinya akan terpilih. Kriteria itu akan dibincangk­an kemudian.

“Mungkin juga kita akan hantar seorang atlet senior dan seorang atlet junior. Ini kerana mereka yang junior boleh belajar sesuatu daripada yang senior,” katanya.

Tahun lalu di temasya Sukan Sea Filipina, skuad olahraga negara menyumbang­kan lima emas, sembilan perak dan tujuh gangsa.

Pasal kos itu jangan diambil kira kalau nak pingat kita perlu bekerjasam­a SM Muthu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia