Harian Metro

Sinar baharu TRW

Norizam tumpu aspek prestasi, insfrastru­ktur buat pemain

- Oleh Nor Amalina Alias sukanteam@nstp.com.my

“Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain, kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) selesaikan hutang,” kata pemilik baharu pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamburger.

Norizam yang juga usahawan dan pakar pelaburan dari Senai, Johor membeli pasukan itu dengan harga RM6.8 juta menjadikan beliau pemilik sepenuhnya saham syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Beliau berkata, tumpuan pertama akan diberikan kepada prestasi dan insfrastru­ktur buat pemain dalam usaha mengembali­kan keyakinan peminat bola sepak negeri ini.

“KPI yang saya letakkan kepada pasukan seri adalah kalah, kemenangan itu harus, kita nak pemain fokus jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik jangan hampakan peminat,” katanya pada sidang media Majlis Penswastaa­n Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana, di sini, semalam.

Norizam berkata, dia memberi tempoh tiga hingga lima tahun bagi proses menggilap pasukan Kelantan dan menyasarka­n pulangan saham TRW mampu mencapai RM500,000 hingga RM1 bilion.

Katanya, walaupun menanggung risiko membeli Kelantan dan terpaksa menjual beberapa aset syarikatny­a dan ditambah tiada penjualan tiket ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, dia optimis demi membantu Kelantan.

“Saya seorang pelabur, saya dah melabur 20 tahun. Saya tidak melabur hari ini (harap) untung, keuntungan hari esok, sebaliknya saya beri keutamaan kepada peminat dan nak pasukan sentiasa menang.

“Saya juga nasihatkan pemain, jangan jual permainan kepada bookie, saya harapkan doa semua supaya dapat kembalikan kegemilang­an Kelantan dan pada masa akan datang, saya juga akan berikan saham kepada pemain kalau dia betul-betul ‘perform’ (main dengan baik) sebagai penghargaa­n dan tak hanya bergantung kepada gaji semata-mata,” katanya.

Norizam berkata, dia juga akan mengekalka­n nama dan pengurusan TRW buat masa ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden Kafa, Datuk Shaari Mat Hussin dan timbalanny­a, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

Majlis turut menyerahka­n bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.

Sementara itu, Afandi berkata, kesanggupa­n Norizam memberi sinar baharu kepada pasukan TRW.

Katanya, dengan pemilikan itu, Norizam akan mengemudi sepenuhnya TRW dan Kafa akan bertindak mengurus pembanguna­n peringkat akar umbi, pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.

 ??  ?? NORIZAM bersama pemain dan pengurusan TRW selepas Majlis Penswastaa­n Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC, semalam.
NORIZAM bersama pemain dan pengurusan TRW selepas Majlis Penswastaa­n Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia