Harian Metro

KONSPIRASI ATAU TRAGEDI

-

Kematian Pablo Escobar Langkawi yang rentung dalam kebakaran rumahnya di pulau lagenda itu pada 1 April 2019 terus menjadi misteri sama ada ia adalah kemalangan atau konspirasi. Turut maut dalam tragedi itu ialah isteri serta anak lelakinya berusia 6 tahun. Siasatan forensik bomba menemui beberapa unsur yang ada kaitan dengan jenayah dan kini dalam siasatan polis. Namun sehingga kini, tidak diketahui status siasatan berkenaan, lapor Skuad Khas Harian Metro.

"PDRM mengakui kewujudan kegiatan penagihan dan penjualan dadah di Pulau Langkawi yang dipercayai didalangi anggota polis serta konco-konconya" - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul

Hamid Bador mengakui pihaknya menyedari kewujudan kegiatan penagihan dan penjualan dadah di Pulau Langkawi yang dipercayai didalangi anggota polis serta konco-konconya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil beberapa langkah drastik bagi mengatasi masalah itu daripada berterusan.

“Sejak tahun lalu, terdapat dua operasi besar-besaran dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

Bukit Aman di seluruh pulau berkenaan.

“Ratusan penagih dan pengedar dadah kecil-kecilan berjaya ditangkap. Saya juga sudah mengarahka­n pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi supaya kerap menggempur kawasan-kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, beberapa anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JSJN akan ditempatka­n secara tetap di pulau peranginan itu sebelum Disember ini bagi memperkasa­kan usaha membantera­s gejala dadah.

“Di samping itu, kerajaan sudah meluluskan permohonan menaik taraf

Sejak tahun lalu, terdapat dua operasi besar-besaran dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit

Aman di seluruh pulau berkenaan”

Abdul Hamid Bador

IPD Langkawi daripada kategori B kepada kategori

A.

“Ini menjadikan jawatan Ketua Polis Daerah Langkawi akan dinaikkan ke pangkat Asisten Komisioner, sekali gus daerah itu akan mendapat pertambaha­n jumlah keanggotaa­n polis,” katanya.

Beliau mengulas laporan eksklusif Harian Metro berhubung permasalah­an dadah di pulau peranginan itu yang turut tertumpu pembabitan secara langsung anggota pasukan keselamata­n.

 ??  ?? KEADAAN mayat mangsa yang ditemui di dalam rumah.
MOHD Zawawi (tiga dari kanan) bersama anggotanya menunjukka­n ganja mampat yang ditemui terapung di perairan berdekatan Pulau Chorong.
KEADAAN mayat mangsa yang ditemui di dalam rumah. MOHD Zawawi (tiga dari kanan) bersama anggotanya menunjukka­n ganja mampat yang ditemui terapung di perairan berdekatan Pulau Chorong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia