Harian Metro

AIR MATA BERCUCURAN

Siti Hawa ditenangka­n keluarga di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSNZ

- Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my

Beberapa kali pengsan sepanjang tempoh menunggu jenazah suami dan anaknya, bersama air mata yang tidak henti mengalir hingga perlu ditenangka­n keluarga.

Begitu keadaan Siti Hawa Mohd Sebari, 30, yang hilang dua insan kesayangan serentak dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampira­n Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, dekat sini, jam 7 malam kelmarin.

Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah dialami.

Kehilangan mengejut itu bukan hanya memilukan Siti Hawa, bahkan ahli keluarga dan kenalan arwah yang berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mengurus jenazah sebelum dibawa pulang ke Kota Tinggi, Johor untuk pengebumia­n.

Menurut bapa Md Firdaus, Omar Endut, 71, kehilangan itu sukar diterima apatah lagi, dia sendiri tidak pernah berpisah dengan arwah sejak kecil hinggalah anaknya menyertai Agensi Penguatma-lamanya. kuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2008.

“Tapi hari ini (semalam) kami berpisah buat selaDia anak yang sangat bertanggun­gjawab kepada keluarga,” katanya yang tetap reda dengan qada dan qadar Allah SWT.

Omar berkata, Allahyarha­m sangat menyayangi Muhammad Lutfil dan banyak menghabisk­an masa bersama kanak-kanak itu ketika pulang bercuti di rumah keluarga di Tambun, Perak, mahupun keluarga mentua di Felda Adila, Kota Tinggi.

Sementara itu, bapa mentua arwah, Mohd Sebari Kobon, 72, berkata, pemergian menantu dan cucunya meninggalk­an kesan yang mendalam terhadap keluarga.

Katanya, Muhammad Lutfil pula disifatkan cucu yang menghormat­i orang tua serta rajin membaca al-Quran.

Jenazah dua beranak itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu sebelum dihantar ke Kota Tinggi dengan van jenazah maritim untuk disemadika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Adila.

 ??  ??
 ??  ?? MD Firdaus
KEADAAN lokasi kemalangan maut di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampira­n Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus
MD Firdaus KEADAAN lokasi kemalangan maut di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampira­n Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus
 ??  ?? SITI Hawa (tengah) pilu selepas suami, Md Firdaus dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi maut dalam kemalangan.
SITI Hawa (tengah) pilu selepas suami, Md Firdaus dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi maut dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia