Harian Metro

HIKMAH MALAM JUMAAT

Sah bergelar isteri anak kepada timbalan menteri malam tadi

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon popular Mira Filzah, 27, sah bergelar suami kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dalam majlis pernikahan yang berlangsun­g di Sime Darby Convention Centre di sini, 8.58 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezama­n Ab Khalik.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahka­n mas kahwin berupa gelang tangan dan sembilan dulang hantaran serta berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Bagaimanap­un, jumlah wang hantaran dirahsiaka­n.

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah jam tangan yang dihantar khas ke Hong

Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercinta.

Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran dari pelakon itu dibuat sendiri nenek Mira yang kini berusia 81 tahun. Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung.

Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira.

Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkonsepk­an kubah berbentuk Islamik kerana mengikut cita rasa Emir memandangk­an dia seorang arkitek yang meminati struktur dan ciptaan bangunan.

Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulus­an dari United Kingdom itu ialah pada Oktober tahun lalu dan ketika itu dia ditemani rakan baiknya.

“Sebelum itu, pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian, tetapi saya tak layan.

“Percubaann­ya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunik­asi. Sehinggala­h emak minta saya supaya mengenali

Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjuta­n ke aplikasi WhatsApp,” katanya sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

Dalam pada itu, Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsun­g Oktober depan itu dipercepat­kan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh panjang.

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwina­n yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang bernikah Oktober depan.

“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepa­tkan tarikh pernikahan manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahan­nya supaya kakak boleh menyaksika­n hari bahagia kami berdua,” katanya.

Mira berkata, selain majlis pernikahan malam tadi, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, hari ini dan di A-Park, Puchong, Ahad ini.

“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwina­n sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarka­n selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam tadi manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

“Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa Mira Filzah

 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN mempelai dinikahkan bapa Mira, Badioezama­n Ab Khalik (kanan).
PASANGAN mempelai dinikahkan bapa Mira, Badioezama­n Ab Khalik (kanan).
 ??  ?? MIRA Filzah ceria di samping ibu dan bapanya.
MIRA Filzah ceria di samping ibu dan bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia