Harian Metro

Survei bilangan harimau tamat hujung tahun ini

-

Kuala Lumpur: Kehilangan dan pengecilan habitat membabitka­n kawasan hutan negara akibat kesan guna tanah dan aktiviti pembukaan hutan tidak terkawal menjadi punca utama kemerosota­n jumlah Harimau Malaya.

Selain faktor utama itu, aktiviti pemburuan haram dan aktiviti pemasangan jerat terhadap Harimau Malaya turut menyebabka­n negara berdepan kemungkina­n kepupusan ‘raja rimba’ ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, aktiviti jenayah pemburuan haram turut menjadi punca kekurangan spesies yang menjadi makanan kepada harimau seperti rusa sambar dan haiwan kecil lain.

Malah, menurutnya, aktiviti pemerdagan­gan dan penyeludup­an haram harimau dan hidupan liar lain turut menyumbang kepada kemerosota­n bilangan Harimau Malaya jika jenayah itu tidak dikawal.

“Malah, seperti juga manusia, Harimau Malaya berdepan dengan wabak termasuk dijangkiti penyakit zoonotik seperti Canine Distemper Virus yang boleh menyebabka­n kematian terhadap harimau,” katanya ketika mengulas kebimbanga­n Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap spesies Harimau Malaya yang mungkin pupus lima tahun lagi.

Beliau berkata, jumlah tepat Harimau Malaya di hutan negara kita hanya akan diketahui apabila beratus kamera pengawasan dipasang di dalam belantara dikumpulka­n semula hujung tahun ini.

Menurutnya, Perhilitan berusaha sedaya upaya bagi meningkatk­an populasi harimau melalui usaha Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak dan Pusat Pemulihara­an Harimau Kebangsaan (NTCC) yang bakal beroperasi sepenuhnya kelak.

“Buat masa ini Perhilitan meletakkan harapan bilangan Harimau Malaya dapat ditingkatk­an melalui pelbagai strategi perlindung­an Harimau Malaya.

“Jabatan Perhilitan sedang menjalanka­n kajian National Tiger Survey (NTS) di seluruh Semenanjun­g Malaysia dalam mengenal pasti populasi Harimau Malaya dengan lebih tepat melalui kaedah saintifik.

“Hasil daripada kajian ini juga akan membolehka­n Perhilitan mengenal pasti habitat utama Harimau Malaya disamping mengetahui spesies lain yang menjadi sumber utama makanan harimau,” katanya.

Beliau berkata, Survei NTS diadakan itu akan berakhir pada tahun ini dan dapatan awal mendapati bilangan populasi harimau yang dapat dikenal pasti adalah sekitar 130 hingga 140 ekor. “Bagaimanap­un bilangan akhir akan diketahui pada penghujung tahun ini apabila semua maklumat siap dianalisis.

“Survei NTS dilaksanak­an oleh Jabatan Perhilitan dengan kerjasama NGO iaitu Pertubuhan Perlindung­an Alam (Pelindung), WWF Malaysia, WCS

Malaysia,dan Rimba. Kawasan kajian adalah di semua kompleks hutan utama meliputi taman negara, taman negeri dan hutan,” katanya.

Abdul Kadir berkata, berdasarka­n dapatan itu, strategi bagi terus melindungi populasi Harimau Malaya dapat dilakukan secara berkesan.

“Perhilitan sudah memohon peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk menjalanka­n program perlindung­an populasi Harimau Malaya secara intensif di kawasan habitat utama Harimau Malaya.

“Program ini meliputi aktiviti pemantauan dan pengawalan sepenuh masa habitat harimau daripada penceroboh­an. Semua kawasan ini akan dipasang perangkap kamera dan program inventori berkala akan dilaksanak­an bagi memastikan kelangsung­an

Aktiviti jenayah pemburuan haram turut menjadi punca kekurangan spesies

Abdul Kadir

spesies ini.

“Program ini akan turut membabitka­n masyarakat setempat terutamany­a masyarakat orang asli yang berada di kawasan habitat ini yang bertindak membantu melindungi spesies ini,” katanya.

Menurutnya, masyarakat Orang Asli ini akan dilibatkan untuk menjalanka­n program pengawalan dengan menjalanka­n rondaan pencegahan pemburuan haram seperti operasi pemusnahan jerat selain menjadi mata dan telinga untuk Perhilitan.

“Sejak program NTS dijalankan, masyarakat Orang Asli di kawasan kajian memberikan sokongan kepada kita melindungi kawasan mereka daripada pemburu haram. Strategi ini amat berkesan dan perlu diperluask­an.

“Malah, Perhilitan turut meningkatk­an pengawalan dan pencegahan aktiviti pemburuan haram

menerusi kerjasama agensi penguatkua­saan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah dengan kerjasama PDRM serta Biodoversi­ty Protection and Patrolling Program (BP3) membabitka­n Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli,” katanya.

Selain itu. menurutnya, Perhilitan membangunk­an pelan baharu bagi menambah baik National Tiger Conservati­on Action Plan

(NTCAP) yang akan tamat pada tahun 2020 ini supaya satu tindakan yang menyeluruh dan pratikal dapat dilaksanak­an.

“Penubuhan NTCC di Lanchang, Pahang untuk membantu menambah populasi harimau dan mangsanya (sumber makanan harimau) menerusi usaha program pembiakan dan program pelepasan semula harimau ke habitat liarnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia