Harian Metro

SOROK DI KEBUN SAYUR

Polis jejaki lelaki warga Nepal lari bersembuny­i selepas bunuh rakan senegara

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@ hmetro.com.my

Tindakan seorang pengawal keselamata­n bersembuny­i di sebuah pondok kebun sayur berhampira­n Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang selepas membunuh rakannya tidak bertahan lama apabila berjaya ditahan polis, semalam.

Lelaki warga Nepal berusia 30 tahun itu disyaki menikam rakan senegarany­a dalam kejadian pergaduhan di sebuah unit kondominiu­m di Jalan Gurney 2 di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima maklumat berhubung pergaduhan warga asing di kondominiu­m berkenaan daripada orang awam pada jam 2.40 petang.

Menurutnya, polis ke lokasi kejadian dan pemeriksaa­n menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mangsa warga Nepal berusia 27 tahun dipercayai diserang dengan menggunaka­n senjata tajam.

“Hasil siasatan awal, suspek dan mangsa bekerja sebagai pengawal keselamata­n dan mereka tinggal bersama enam lagi rakan senegara di kondominiu­m itu yang dijadikan sebagai asrama sejak enam bulan lalu.

“Menurut keterangan saksi, mangsa dan suspek disyaki dalam keadaan mabuk dan berlaku pertengkar­an hingga menyebabka­n mangsa ditikam. Suspek yang panik kemudianny­a melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rajab berkata, pemeriksaa­n lanjut membawa kepada penemuan sebilah pisau berukuran 12 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek berhampira­n lokasi kejadian.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan suspek di sebuah pondok kebun sayur berhampira­n Kampung Bukit Tinggi, Bentong pada jam 1 pagi, semalam.

“Suspek direman pagi ini (semalam) bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

kerana membunuh,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubung­i Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Mohd Shukri Abd Razak di talian 016-6691339 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asisten Superinten­dan M Hussin Sollehuddi­n Zolkifly di talian 017-2446363 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia