Harian Metro

17km kejar tekong, lima Pati

-

Kota Bharu: Seorang tekong dan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) selepas dikejar sejauh 17 kilometer (km) di Lebuhraya Pasir Mas-Kota Bharu, Salor, dekat sini, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superinten­dan Azhari Nusi berkata, ketika kejadian pada 11.45 malam itu, anggota bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan Pengkalan Haram Jitong, Pasir Mas sebelum ternampak beberapa individu lelaki dan perempuan menyeberan­gi Sungai Golok dari Thailand ke tebing sempadan negara.

Anggota PGA7 ternampak beberapa individu lelaki dan perempuan menyeberan­gi Sungai Golok dari Thailand ke tebing sempadan negara

Beliau berkata, mereka kemudian menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero berwarna perak dipandu seorang lelaki yang sedia menunggu sebelum menuju ke bandar Rantau Panjang.

“Bagaimanap­un, sebaik menyedari kehadiran anggota kami, pemandu kenderaan itu memecut laju menghala ke Kota Bharu dan dikejar sejauh 17km sebelum suspek memberhent­ikan kenderaan.

“Kami memeriksa kenderaan itu dan mendapati ia dinaiki dua lelaki termasuk pemandu berasal dari Kuala Krai dan empat wanita dipercayai warga Thailand.

“Anggota kemudian meminta kad pengenalan diri dan pasport perjalanan namun semua lima penumpang berusia 19 hingga 48 tahun mengemukak­an dokumen meragukan,” katanya.

Azhari berkata, pihaknya merampas kenderaan itu dan menahan pemandu serta lima Pati itu untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati pemandu diarahkan seseorang yang berada di Kota Bharu untuk mengambil warga Thailand di pangkalan haram dan dibawa ke Kota Bharu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(A) Akta Antipermer­dagangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

“PGA7 terus mempergiat­kan serbuan dan rondaan bagi memastikan kes penyeludup­an Pati di sempadan Malaysia-Thailand dapat dibanteras sebaiknya,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN dipandu lelaki tempatan untuk membawa Pati.
KENDERAAN dipandu lelaki tempatan untuk membawa Pati.
 ??  ?? KEADAAN ombak kuat di Pantai Morib, Banting.
KEADAAN ombak kuat di Pantai Morib, Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia