Harian Metro

TOLAK LAMARAN RM20 JUTA

A Aida dakwa ada lelaki tawar duit puluhan juta ringgit untuk jadi isteri kedua

- Oleh Najiy Jefri am@hmetro.com.my

Biarpun menerima lamaran sejumlah RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikan­nya isteri kedua, penerbit Datuk A Aida, 50, menolak kerana enggan mengahwini lelaki berstatus suami orang.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, walaupun pintu hatinya terbuka menerima kehadiran insan baharu namun dia enggan mengambil risiko jatuh hati dengan suami orang.

“Memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Malah, ada individu yang ingin melamar dan akan melakukan transaksi wang sebanyak RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.

“Bagaimanap­un, dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dan dia mahu menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Saya terpaksa menolak lamarannya itu kerana tidak rela bermadu selain saya juga mempunyai kewangan kukuh,” katanya.

Menurut Aida, lamaran itu diterimany­a tiga bulan lalu. Lelaki itu juga sanggup menambah jumlah wang itu jika belum mencukupi.

Bagaimanap­un, tawaran itu ditolak A Aida kerana yakin lelaki yang kaya bukan kriteria wajib yang dicari sebagai calon suami.

“Saya lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang.

“Pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran mencari ilham di beranda. Namun, jika dah sampai jodoh saya terima. Saya tak cari lelaki kaya, cukup jika dia boleh membimbing saya dunia akhirat,” katanya.

A Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Spring, Ameng pada 1994, tetapi bercerai pada 2003.

Hasil perkahwina­n itu mereka dikurniaka­n dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatas­sha, 18.

Dia seterusnya mendirikan rumah tangga dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 namun berpisah pada 2013. Mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 11.

A Aida kemudian bernikah dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 namun bercerai 10 bulan kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia