Harian Metro

‘Mulianya hatimu Shanmugham’

-

Kuala Lumpur:

“Syukur, Allah pertemukan saya dengan Shanmugham, jika tidak mungkin barang dan kereta saya sudah lesap,” kata perunding syarikat telekomuni­kasi, Mohd Izwan Shah Ismail, 38.

Katanya, tindakan M Shanmugham memulangka­n semula beg miliknya yang berisi pelbagai barangan berharga ibarat satu dalam seribu. Menurutnya, kejujuran pemandu lori itu juga wajar dipuji kerana tidak mengambil kesempatan di atas orang lain. “Jarang kita dengar beg yang tercicir dijumpai semula.

“Apatah lagi dalam beg itu ada dua kunci kereta dan jika yang menemui beg itu bukan orang baik kemungkina­n besar kereta saya boleh dicuri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di

Jarang kita dengar beg yang tercicir dijumpai semula. Apatah lagi dalam beg itu ada dua kunci kereta dan jika yang menemui beg itu bukan orang baik kemungkina­n besar kereta saya boleh dicuri”

Mohd Izwan Shah

sini, semalam.

Menurutnya, beg itu mempunyai 20 keping kad sim belum berdaftar, cop jawatan, buku zikir, telefon kerja berjenama terkenal, wang RM10 dan kunci pendua kereta Perodua Viva serta Toyota Vios.

Mohd Izwan Shah berkata, dia langsung tidak menyedari beg itu tercicir sehingga dihubungi Shanmugham.

“Saya anggarkan beg itu tercicir jam 3 pagi pada 16 September lalu ketika baru pulang dari program syarikat di Jasin, Melaka.

“Perjalanan jauh dan terlalu mengantuk menyebabka­n saya tidak perasan beg tercicir berhampira­n tempat letak kereta kediaman di Taman Sri Sentosa, Klang, Selangor,” katanya.

Mohd Izwan Shah berkata, pada hari sama, Shanmugham ada menghubung­inya sebanyak enam kali, tetapi tidak dijawab kerana tidak menyedarin­ya.

Menurutnya, Shanmugham memaklumka­n beg itu ditemui ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal pada jam 6 pagi hari sama beg itu tercicir.

“Shanmugham terus menghubung­i saya selepas mendapatka­n nombor telefon daripada cop jawatan yang ada dalam beg itu.

“Sebenarnya, kami tinggal berdekatan namun tidak pernah kenal di antara satu sama lain kerana saya balik kerja tengah malam manakala Shanmugham pula keluar kerja awal pagi,” katanya.

Mohd Izwan Shah yang turut mengusahak­an perniagaan pakaian berkata, dia ingin memberi wang ganjaran di atas kejujuran Shanmugham memulangka­n semula beg itu, tetapi ditolak dengan baik.

Terdahulu, Mohd Izwan Shah memuat naik kisah begnya yang tercicir dan dipulangka­n semula oleh pemandu lori di Facebook miliknya.

Perkongsia­n itu mendapat reaksi positif warganet memuji kejujuran Shanmugham memulangka­n semula barangan yang ditemuinya sehingga dikongsi hampir 2,000 pengikutny­a di Facebook, setakat ini.

 ??  ?? MOHD Izwan kagum dengan tindakan Shanmugham memulangka­n semula beg miliknya yang mengandung­i barangan berharga.
MOHD Izwan kagum dengan tindakan Shanmugham memulangka­n semula beg miliknya yang mengandung­i barangan berharga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia