Harian Metro

TIGA BERANAK HATI KERING

Suami isteri, seorang anak cabar diri buat penerjunan payung terjun solo dari ketinggian 1,372m

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri am@hmetro.com.my

Suka mencabar diri menjadikan tiga beranak sanggup untuk melakukan terjunan payung terjun bersama walaupun menyedari risiko tinggi yang dihadapi berbanding sukan ekstrem lain.

“Memang saya sedar ia merupakan aktiviti paling berisiko berbanding sukan ekstrem yang pernah kami lakukan sebelum ini, saya dan isteri serta anak tekad untuk lakukan bersama,” kata Sani Sayuti, 51.

Dia melakukan penerjunan payung terjun dari ketinggian 1,372 meter bersama isterinya, Wan Razlila Wan Hasan, 40, dan anak kedua mereka, Izzat Izzuddin, 14, adalah antara 33 penerjun yang kali pertama melakukan terjunan.

Mereka bersama beberapa penerjun lain yang menyertai program penerjunan udara sempena Hari Malaysia di Lapangan Terbang Tekah di sini, semalam.

Doktor pakar bedah otak dan saraf hospital swasta di Ayer Keroh, Melaka itu berkata, pengalaman dalam sukan lasak termasuk selaman skuba serta bebas dan pendakian membuatkan­nya dan isteri yang juga jururawat hospital kerajaan di Cheras sentiasa mencari pembaharua­n untuk mencabar diri.

Katanya, penerjunan sulung mereka kali ini mendedahka­nnya beberapa perkara asas sukan ekstrem terbabit.

Menurutnya, mungkin ia akan disusuli ke peringkat lebih mencabar iaitu terjunan Assistance Free Fall (AFF) di luar negara khususnya Australia atau New Zealand.

“Jika diikutkan kepada pengalaman melakukan sukan ekstrem lain sebelum ini, saya sememangny­a akan membawa keluarga bersama khususnya isteri yang sentiasa menyokong selain turut menyertai bersama.

“Biasanya saya yang akan cari idea apa hendak dilakukan dan isteri sentiasa mahu ikut serta.

“Bagaimanap­un, untuk aktiviti kali ini saya dan isteri tekad untuk lakukannya di samping anak kedua kami yang bersetuju untuk turut serta,” katanya ketika ditemui selepas selamat melakukan terjunan itu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, berbanding aktiviti menyelam yang kerap dilakukann­ya, tahap adrenalin bagi aktiviti terjun udara jauh lebih tinggi khususnya sewaktu jatuhan badan (drop) dilakukan dari pesawat yang bergerak pada kelajuan 25 knot.

“Sejujurnya, memang timbul perasaan takut namun sebelum menaiki pesawat hari ini (semalam), perasan itu bertukar teruja apatah lagi selepas pendaratan berjaya dilakukan dengan selamat,” katanya.

Wan Razlila pula berkata, perasaan berdebar, gugup dan gelisah seakan-akan hilang apabila kaki mencecah tanah.

“Terdapat sedikit kecederaan calar pada leher saya disebabkan rentapan tali topi keledar ketika payung terjun dibuka, begitu juga kesan calar pada lengan suami.

“Namun kecederaan kecil sebegini apalah sangat berbanding kepuasan pengalaman sebegini, selain sudah sebati dengan aktiviti lasak,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Raftabina Aerosport yang juga pengarah program, Mohd Fazli Ismail berkata, program selama dua hari itu bermula semalam merupakan aktiviti tahunan kelab terbabit sempena Hari Malaysia.

Menurutnya, kebanyakan jurulatih kelab berkenaan terdiri daripada bekas anggota tentera yang berpengala­man luas dalam sukan itu termasuk dalam terjunan secara Sky Tandem Parachute serta jatuhan bebas (Free Fall)

 ??  ?? DR Sani (kiri) bersama isterinya, Wan Razlila dan anak lelakinya Izzat Izzudin selepas membuat terjunan secara solo pada ketinggian 1,372 meter sempena Hari Malaysia di Lapangan Terbang Tekah, semalam. Gambar kecil, Wan Razlila melakukan terjunan.
DR Sani (kiri) bersama isterinya, Wan Razlila dan anak lelakinya Izzat Izzudin selepas membuat terjunan secara solo pada ketinggian 1,372 meter sempena Hari Malaysia di Lapangan Terbang Tekah, semalam. Gambar kecil, Wan Razlila melakukan terjunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia