Harian Metro

Godaan 4 pulau Mersing

Pelbagai kejutan menanti pengunjung ke khazanah alam di pantai timur Johor

- Oleh Essa Abu Yamin cnews@nstp.com.my

Bagi penggemar aktiviti skuba dan keindahan laut, pulau di sekitar Mersing, Johor antara lokasi yang boleh dikunjungi bagi meneroka sendiri dunia bawah laut selain mengikuti aktiviti menarik dianjurkan pengusaha resort.

Pulau di sekitar Mersing seperti Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Rawa antara destinasi boleh diterokai kerana keunikanny­a yang tersendiri.

Peluang melawat pulau berkenaan baru-baru ini, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan penulis kerana keindahann­ya.

Destinasi pertama dikunjungi penulis ialah ke Lanting Beach Resort, Pulau Pemanggil untuk melihat produk makan angin dan potensi pelanconga­n yang ada di resort berkenaan.

Seperti resort lain, pelbagai aktiviti lazim di kawasan pulau seperti aktiviti menyelam dan jelajah hutan boleh dilakukan.

Pengunjung juga boleh menyaksika­n koleksi barangan antik dimiliki oleh pemilik resort.

Menurut Pengurus Lanting Beach Resort Muhd Asyraf Iqbal Abdullah, antara koleksi barangan antik terdapat di resort berkenaan adalah pinggan mangkuk seramik, jam, telefon, barangan tembaga dan seterika lama.

Selain berkesempa­tan menyelam berhampira­n perairan Pulau Besar, pengunjung juga berpeluang singgah di Pulau Tengah yang tidak kurang cantiknya.

Terdapat satu resort di Pulau Tengah iaitu Batu-Batu Resort yang turut mempunyai pusat konservasi penyu diuruskan oleh empat kakitangan.

Penyelaras Pusat Konservasi Pulau Tengah Mohd Alzam Mohd

Banyak penyu mendarat di sekitar pantai di pulau berhampira­n termasuk di Pulau Tengah pada bulan Mac hingga September”

Mohd Alzam Mohd Afendy

Afendy berkata, banyak penyu mendarat di sekitar pantai di pulau berhampira­n termasuk di Pulau Tengah pada Mac hingga September untuk bertelur dan kebanyakan­nya jenis penyu karah dan penyu hijau.

Katanya, telur penyu berkenaan dilindungi di pusat konservasi berkenaan sehingga menetas sebelum anak penyu berkenaan dilepaskan ke laut.

Pulau terakhir sempat dikunjungi penulis adalah Pulau Rawa dan sempat menginap di

Rawa Island Resort.

Dengan menaiki bot laju disediakan, kedudukan Pulau Rawa mengambil masa 30 minit sahaja dari jeti di bandar Mersing.

Antara aktiviti yang paling mengujakan adalah bermain dua gelongsor di jeti pulau berkenaan selain melakukan aktiviti berkayak dan mandi di pantai Pulau Rawa.

Jika sudah sampai ke Pulau Rawa jangan lepaskan peluang juga mendaki bukit di bahagian belakang Pulau Rawa serta menyaksika­n pemandanga­n matahari terbit dan matahari terbenam dari atas bukit sambil menikmati keindahan Laut

China Selatan.

Pendakian tidak terlalu lama dengan hanya mengambil masa cuma 10 minit sahaja untuk sampai ke puncak dengan laluan bertangga turut disediakan di awal pendakian.

Di sini juga ada boleh mengintai ikan melalui aktiviti snorkeling kerana kawasan air ceteknya luas dan tenang menyebabka­n banyak ikan jinak berenang di sini.

Keaslian dan keindahan alam sekitar semula jadi yang belum terjejas dan dijaga rapi di Pulau Rawa termasuk bukit-bukau, hutan dan tumbuhan semula jadi membolehka­n pelbagai aktiviti dijalankan seperti jelajah hutan dan penyelidik­an.

Pengunjung juga boleh bermain dengan merak berwarna hijau dan putih yang jinak di sekitar tempat penginapan di resort berkenaan.

Dalam perjalanan balik ke Mersing, tidak sempurna jika tidak singgah di bandar Mersing yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor yang enak.

Penulis juga berpeluang melihat sendiri proses pembuatan keropok lekor di pusat pembuatan yang diusahakan oleh masyarakat tempatan.

 ??  ?? PULAU Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Rawa menawarkan percutian tepi pantai sukar dilupakan.
PULAU Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Tengah dan Pulau Rawa menawarkan percutian tepi pantai sukar dilupakan.
 ??  ?? KEINDAHAN alam empat pulau di Mersing pastikan menawarkan ketenangan kepada jiwa.
KEINDAHAN alam empat pulau di Mersing pastikan menawarkan ketenangan kepada jiwa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG boleh mengintai ikan melalui aktiviti snorkeling.
PENGUNJUNG boleh mengintai ikan melalui aktiviti snorkeling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia