Harian Metro

CABARAN DEPANI ‘MUSUH’ BAHARU

Petugas perubatan gigih galas tanggungja­wab tangani Covid-19 yang masih tiada rawatan khusus

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Doktor antara petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus siang dan malam menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Cabaran besar dihadapi mereka apabila terpaksa berdepan dengan ‘musuh’ yang sangat baharu di dalam dunia perubatan.

Biarpun begitu, mereka tetap menggalas tanggungja­wab dengan berada di barisan paling hadapan untuk memastikan keselamata­n masyarakat terjamin.

Pakar Perubatan Klinikal Penyakit Berjangkit Hospital

Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Dr Najma Kori berkata, apabila hospitalny­a menerima pesakit pertama pada Mac lalu, boleh dikatakan ia sesuatu yang menakutkan pada hampir semua petugas perubatan di situ.

“Saya bersyukur kerana bersedia dari segi fizikal dan mental berikutan sudah menjalani latihan di Hospital Sungai Buloh sebelum itu. Jadi saya sudah melihat situasi sebenar berdepan dengan penyakit ini.

“Oleh itu, saya menggunaka­n pengalaman yang ada untuk membantu petugas perubatan lain termasuk doktor, pegawai perubatan dan jururawat bagi membuat persediaan merawat pesakit di sini,” katanya ketika ditemui di

HCTM.

Menurutnya, cabaran dihadapi doktor ialah tiada sebarang rawatan khusus untuk pesakit Covid-19 kerana penyakit ini masih baharu dan tiada kajian menyeluruh.

“Rawatan yang diberikan berdasarka­n kepada tahap keadaan pesakit. Rawatan kadangkala berubah mengikut kajian dan kita juga menggunaka­n rawatan untuk penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk kerana ada persamaan dengan Covid-19.

“Setiap hari walaupun berada di rumah, saya perlu berada dalam keadaan bersedia. Selain itu, setiap hari saya perlu membaca kajian dan mengadakan perbincang­an dengan pasukan perubatan untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit,” katanya.

Menurutnya, beliau bersyukur apabila jumlah kes Covid-19 semakin berkuranga­n selepas pelbagai langkah diambil oleh kerajaan termasuk Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu untuk memutuskan rantaian pandemik ini.

“Usaha untuk menghapusk­an pandemik ini memerlukan kerjasama semua pihak.

“Orang ramai perlu terus menjadi sebahagian daripada barisan hadapan dengan mengamalka­n norma baharu dalam kehidupan.

“Dengan menjaga penjarakan fizikal, perlindung­an diri, pengawalan sempadan dan pergerakan, insya-Allah kita mampu menang,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kecemasan

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, dalam menangani wabak berkenaan, mereka juga berdepan dengan pelbagai pesakit yang tidak diketahui bagaimana tahap kesihatan mereka.

“Kami adalah lapisan pertama berdepan pesakit sebelum mereka dibenarkan dirawat di hospital. Jadi kami perlu sentiasa bersiap sedia berdepan dengan segala kemungkina­n.

“Kadangkala biarpun pelbagai langkah sudah diambil, masih terdapat petugas kesihatan terkena jangkitan penyakit ini,” katanya.

Menurutnya, situasi itu memberi sedikit tekanan namun pihaknya tetap meneruskan tanggungja­wab sebaik mungkin untuk memastikan rantaian pandemik dihapuskan.

“Namun tanpa kerjasama masyarakat, sudah pasti ia tidak akan berlaku.

“Saya harap masyarakat dapat menjadikan pembudayaa­n norma baharu sebagai amalan harian untuk kita menangani pandemik ini,” katanya.

Kami perlu sentiasa bersiap sedia berdepan dengan segala kemungkina­n Dr Mohd Afiq

Usaha menghapusk­an pandemik ini perlu kerjasama semua pihak

Dr Najma

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia