Harian Metro

KUDA TAK CERIA

PKP dikuatkuas­akan sejak Mac lalu beri kesan pada haiwan peliharaan

- Oleh Nurul Husna Mahmud dan Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Kuda dibersihka­n sekali sehari selain menjalani rawatan gigi sebulan sekali”

Wan Aikhsan Wan Jamil

Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi tekanan kepada pemiliknya, malah kepada kira-kira 40 kuda di Countrysid­e Stables Penang, Kampung Sungai Burung di sini.

Kuda yang dipelihara bagi tujuan rekreasi dan menjadi tarikan pelancong itu turut kelihatan tidak gembira sepanjang tempoh berkenaan.

Pemiliknya, Wan Aikhsan Wan Jamil berkata, berikutan tiada pelancong dan keuntungan ketika tempoh itu, dia terpaksa membelanja­kan sejumlah wang simpananny­a bagi memastikan kuda yang dipelihara kekal sihat serta mendapat makanan yang cukup.

Katanya, kuda yang sihat akan menunjukka­n emosi gembira dan aktif bermain namun jika sebaliknya, kuda akan memalingka­n muka, berdiam diri atau memusingka­n telinganya ke belakang.

“Kuda di sini berusia antara enam hingga 18 tahun terdiri daripada beberapa spesies seperti Appaloosa, baka Arab dan miniatur selain keldai. Sikap kuda juga seperti manusia, begitu juga anak kuda yang bersikap seperti anak kecil dan kerana itu mereka perlu dijaga sebaiknya walaupun terdapat kesukaran ketika PKP,” katanya yang mengusahak­an tempat tarikan itu bersama isteri, Dorris Lim.

Berikutan kilang habuk kayu ditutup ketika itu, Wan Aikhsan berkata, mereka berdepan kesukaran mendapatka­n bahan itu menyebabka­n badan kuda luka kerana tidur di lantai.

Katanya, semua kuda dilepaskan secara berperingk­at setiap hari supaya haiwan itu tidak rasa terkurung dan aktif.

“Kuda dibersihka­n sekali sehari selain menjalani rawatan gigi sebulan sekali.

“Kuda yang matang dan sesuai dibawa bagi tujuan rekreasi berusia lapan hingga 15 tahun dan sekiranya sudah tua, ia dibawa bersiar-siar dalam kawasan ini serta dijaga dengan baik hingga habis usianya.

“Semua kami jaga seperti anak sendiri dan seekor daripadany­a diberi nama Zara, seperti nama cucu saya manakala kuda pertama yang kami beli pula daripada baka Arab dinamakan Massimo Ibni Amir,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KUDA dibersihka­n sekali sehari.
KUDA dibersihka­n sekali sehari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia