Harian Metro

KITA TAK PANDAI URUS AIR?

-

Dalam keadaan sekarang, adakah air terawat di Malaysia selamat diminum?

Sebahagian besar sumber air minuman di Malaysia berpunca dari air sungai yang asalnya daripada hujan disimpan di kawasan tadahan.

Untuk mengetahui sama ada air itu selamat atau sebaliknya untuk diminum, ia bergantung kepada kualiti air serta dari mana sumbernya.

Proses perolehan air bermula dari sungai ke loji rawatan air yang kemudianny­a menyalurka­n bekalan air terawat kepada pengguna.

Untuk rawatan air hingga ke tahap boleh diminum, ia perlu mengikut garis panduan ditetapkan Standard Malaysia Mengenai Air Minum oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut mematuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun, saya tidak dapat memberikan nilai peratusan tepat air yang selamat diminum daripada loji rawatan air berkenaan.

Ia kerana ketiadaan data tepat. Namun, berdasarka­n pematuhan standard kualiti air mengikut tahap ditetapkan oleh KKM dan WHO, maka air ini boleh dikatakan selamat diminum.

Air di loji rawatan sudah melalui proses rawatan berperingk­at untuk membuang parameter bahan cemar pada tahap yang selamat.

Selain itu, ia juga melalui proses nyah kuman dan sesuai digunakan atau diminum tanpa memudaratk­an kesihatan.

Sumber utama air di Malaysia dan apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kelestaria­nnya?

Kebanyakan kawasan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bergantung kepada air sungai yang diperoleh dari kawasan tadahan sebagai sumber utama air.

Kebiasaann­ya, kualiti air itu berada pada tahap yang sangat baik sebelum diagih ke kawasan penempatan penduduk.

Tetapi air ini mula tercemar dan kualitinya semakin merosot selepas melepasi kawasan penempatan akibat pencemaran sisa buangan, domestik dan industri.

Apabila berhadapan masalah kekurangan air disebabkan kemarau, pakar hidrologi dan sumber air akan melaksanak­an perancanga­n sumber air.

Ini bagi memastikan kecukupan sumber air bagi sesuatu kawasan penempatan domestik dan industri seperti membuat empangan, kolam takungan air, mengambil air dari kawasan tadahan air yang bersebelah­an dan sebagainya.

Malaysia memiliki banyak sumber air, tetapi tidak diberi peruntukan yang mencukupi untuk membangunk­an kemudahan lengkap dan sempurna akibat kekangan kewangan.

Terdapat beberapa langkah untuk melestarik­an sumber ini seperti menggazetk­an semua kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan air dan menyusun semula institusi sedia ada yang banyak bertindih fungsinya.

Banyak paip air di Malaysia sudah usang, malah usianya ada yang melebihi 30 tahun. Bagaimana tahap keselamata­n untuk pengguna?

Kebanyakan saluran paip di Malaysia adalah jenis paip simen asbestos (ACP) yang diperbuat menggunaka­n campuran simen dan fiber asbestos.

ACP yang digunakan di Malaysia dan di seluruh dunia sudah agak lama iaitu sejak 50 tahun lalu.

Sebelum ini, banyak negara di dunia menggunaka­n saluran paip jenis itu kerana harganya yang murah.

Namun, pada penghujung 1980-an banyak kajian mengenai ACP dilakukan dan mendapati penggunaan saluran ini mempunyai risiko kesihatan.

Ia berpunca daripada serpihan fiber asbestos yang retak dan boleh menyebabka­n barah paru-paru dan penyakit berkaitan pernafasan.

Kerana itu, pada 1986, United Kingdom (UK) mengharamk­an penggunaan dan pengeluara­n ACP.

Banyak negara di dunia sudah mula menggantik­an paip itu kepada paip yang lebih berkualiti termasuk Malaysia secara berperingk­at.

Selain itu, ACP menjadi rapuh kerana sudah terlalu lama dan mudah retak apabila diletakkan di kawasan tanah yang lembik.

Ini menyebabka­n kadar air bukan hasil (NRW) tinggi akibat kebocoran, ada kalanya mencapai 45 hingga 75 peratus NRW di sesetengah kawasan.

Dalam skop hidraulik, apakah ada tempoh hayat paip saluran air yang ditetapkan?

Jangka hayat standard reka bentuk hidraulik salur paip ialah antara 30 hingga ke 50 tahun, bergantung jenis bahan paip yang digunakan.

Penggunaan ACP perlu ditukar apabila banyak kebocoran paip berlaku dan nilai NRW terlalu tinggi.

Jika kita gunakan salur paip yang lebih berkualiti, jangka hayat salur paip itu boleh menjangkau sehingga

100 tahun atau lebih.

Setiap jenis paip mempunyai kelebihan dan kekurangan­nya, tetapi kualiti yang lebih rendah ialah ACP.

Kemungkina­n tindak balas kimia yang memberi kesan kepada pengguna jika paip terlalu usang?

Tindak balas kimia boleh berlaku sekiranya ACP pecah atau retak. Ia berlaku berkemungk­inan disebabkan usianya.

Ia boleh memberi risiko barah kepada pengguna. Kenyataan ini turut disokong WHO.

Paip keluli padat (mild steel) adalah pilihan terbaik daripada segi kualiti, risiko kimia yang rendah dan lebih selamat kepada pengguna.

Namun masih banyak pilihan lain yang ada seperti paip cast iron, galvanised iron dan ductile iron.

Cadangan untuk meningkatk­an kualiti air di Malaysia?

Antaranya, pastikan pengurusan kawasan tadahan air mempunyai polisi dan penguatkua­saan undang-undang yang baik.

Contoh, kawasan tadahan di atas atau di bahagian hulu dari empangan perlu dikawal selia, kuatkuasak­an larangan aktiviti industri atau pembanguna­n yang boleh mencemarka­n sistem bekalan air sungai.

Di Amerika Syarikat, kawasan ini dikenali sebagai kawasan tadahan air yang sensitif (water catchment sensitive area) dan sebarang pembanguna­n dan aktiviti guna tanah yang boleh mengancam pencemaran dilarang daripada dibangunka­n.

Pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor baru-baru ini, menunjukka­n sikap kurang kesedaran untuk melestarik­an sumber air.

“Pastikan pengurusan kawasan tadahan air mempunyai polisi yang baik Alias

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia