Harian Metro

PROSES KENAL PASTI KREDIBILIT­I PERAWI HADIS

Meskipun perkara ini berkait soal maruah, memberi nasihat mengenai hal agama adalah perkara wajib yang lebih dituntut. Oleh itu, di atas konsep nasihat dan konsep tabayyun, ulama hadis membicarak­an mengenai status perawi hadis

-

Perbuatan mengumpat atau mengata adalah haram di sisi syarak. Sabda Nabi SAW: “Tahukah kamu sekalian apakah dia mengumpat? Iaitu kamu menyebut saudaramu dengan sesuatu perkara yang dia benci.” Lalu ada yang bertanya: “Apa pendapat tuan sekiranya pada saudara saya itu sama dengan apa yang saya katakan?” Jawab baginda: “Sekiranya ada padanya sama dengan apa yang kamu katakan maka kamu telah mengumpatn­ya dan sekiranya tiada padanya pula maka kamu memfitnahn­ya.”

Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain

Bagaimanap­un, akibat munculnya kumpulan yang mencipta hadis palsu untuk kepentinga­n masing-masing, proses ‘mengata’ perawi hadis adalah satu perkara yang perlu dilakukan bagi mengelak mudarat yang lebih besar.

Kata Imam Ibn Sirin (wafat 110H): “Sekalian ahli ilmu mulanya tidak bertanya mengenai sanad, namun sesudah tercetusny­a fitnah, mereka mula bertanya: Sebutkan pada kami nama perawi kamu (agar diketahui latar belakangny­a). Maka, jika didapati daripada Ahlus Sunnah, baru diambil hadis mereka dan jika didapati daripada ahli bidaah pula, tidak diambil hadis mereka.”

Kata beliau lagi:

“Sesungguhn­ya ilmu ini adalah agama. Maka, hendaklah kamu sekalian lihat daripada siapa kamu ambil agamamu.”

Keperluan menjelaska­n status perawi juga adalah berpanduka­n firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, selidikila­h kebenarann­ya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainy­a) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”

al-Hujurat: 6 Surah

Daripada ayat ini konsep tabayyun (soal selidik) diambil. Dengan sebab itu, ulama hadis terpaksa melabel status setiap perawi. Proses pelabelan ini membina suatu disiplin yang sangat penting dalam ilmu rijal al-hadith (perawi hadis) iaitu ilmu al-jarh wa al-taadil (kritikan dan pujian terhadap perawi).

Dalam proses berkenaan, ulama hadis mengambil kira dua faktor penting sebagai kayu ukur untuk mengenal pasti kredibilit­i perawi hadis, iaitu faktor sifat adil perawi (‘adalah) dan faktor tahap amanah perawi (dhabt).

Terdapat lima sebab yang dibolehkan bagi mengkritik sifat adil perawi (‘adalah) iaitu kerana calar maruahnya, berdusta, dituduh berdusta, bersifat fasiq atau berfahaman bidaah.

Juga terdapat lima sebab yang dibolehkan bagi mengkritik tahap amanah perawi (dhabt) iaitu kerana kesalahan yang cukup banyak, bersifat lalai, melakukan kesilapan, menyalahi riwayat perawi yang lebih thiqah atau hafalan yang lemah.

Selain daripada 10 sebab ini, tidak dibenarkan melabel perawi dengan sesuka hati kerana ia boleh membawa kepada dosa mengumpat sebagaiman­a yang dinyatakan.

Abu Turab ‘Askar bin al-Husain al-Nakhsyabi (wafat 245H) pernah datang kepada Imam

Ahmad bin

Hanbal (wafat 241H) dan mendapati beliau berkata: “Si fulan daif, si fulan thiqah.” Lalu Abu Turab berkata: “Ya syeikh, janganlah kamu mengumpat ulama.” Lantas Imam Ahmad pun berpaling kepadanya dan berkata: “Heh, kamu. Ini adalah nasihat, ia bukan mengumpat.”

Abu Bakar bin Khallad (wafat 240H) bertanya kepada Yahya bin Sa‘id al-Qattan (w. 198H): “Tidakkah kamu takut mereka yang kamu tinggalkan hadisnya itu akan menjadi lawanmu di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak?” Jawabnya: “Jika mereka itu menjadi lawanku lebih aku sukai daripada yang akan menjadi lawanku nanti ialah Rasulullah SAW dengan bertanya: Kenapa kamu tidak menyingkir­kan pendustaan daripada hadisku?”

Kata Imam Ibn Daqiq al-Eid (w. 702H): “Maruah orang Islam adalah satu lubang daripada lubang-lubang api neraka. Berdiri di tepinya dua golongan manusia, iaitu ulama hadis dan penguasa.”

Meskipun perkara ini berkait soal maruah, memberi nasihat mengenai hal agama adalah perkara wajib yang lebih dituntut. Oleh itu, di atas konsep nasihat dan konsep tabayyun, ulama hadis membicarak­an mengenai status perawi hadis. Bahkan sebelumnya, sudah ada sebilangan sahabat dan tabiin yang berbuat demikian demi memastikan hadis terpelihar­a.

Semua perbincang­an hal ehwal perawi ini direkodkan dalam pelbagai kitab ilmu rijal hadis, sama ada yang khusus merekodkan sekalian perawi yang dipercayai (thiqat) seperti yang dilakukan oleh al-‘Ijli (wafat 261H), Ibn Hibban (wafat 354H), Ibn Syahin (wafat 385H) dan al-Zahabi (wafat 748H) atau yang khusus merekodkan perawi daif (dhu‘afa’), seperti yang dilakukan antaranya oleh al-Bukhari (wafat 256H), Abu Zur‘ah (wafat 264H), al-Nasa’i (wafat 303H), al-‘Uqaili (wafat 322H) dan Ibn ‘Adi (wafat 365H).

Sifat adil dan tahap amanah faktor penting kenal pasti kredibilit­i perawi

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis dan Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)

 ??  ?? BANYAK hadis yang membicarak­an mengenai fadilat membaca al-Quran.
BANYAK hadis yang membicarak­an mengenai fadilat membaca al-Quran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia