Harian Metro

TIGA DAERAH TERMISKIN

Tongod, Pitas, Kota Marudu di Sabah paling mundur di Malaysia

- Oleh Izwan Abdullah am@hmetro.com.my

Tongod, Pitas dan Kota Marudu yang masing-masing terletak di tengah dan utara Sabah dikenal pasti sebagai tiga daerah termiskin di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamad berkata, kedudukan itu berdasarka­n hasil kajian kemiskinan pada tahun lalu yang mendapati ketiga-tiga daerah itu mencatat kadar kepapaan tertinggi.

Beliau berkata, walaupun ada kelompok lain di Semenanjun­g seperti Orang Asli yang turut dikenal pasti mencatat kadar kemiskinan tinggi dengan purata 40 peratus namun perangkaan bagi ketiga-tiga daerah itu lebih tinggi.

“Kadar kemiskinan di Tongod, Pitas dan Kota Marudu ialah kira-kira 50 peratus. Di Semenanjun­g, kelompok Orang Asli mencatat kira-kira 40 peratus, jadi kadar kemiskinan di tiga daerah di Sabah itu adalah yang paling tinggi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di

Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Katanya, Sabah menduduki tempat teratas sebagai negeri paling miskin dengan 19.57 peratus berbanding 5.6 peratus kadar kemiskinan nasional.

“Selepas Sabah, negeri kedua tertinggi kadar kemiskinan ialah Kelantan dan diikuti Sarawak. Kadar itu akan digunakan bermula tahun depan sebagai panduan dalam melaksanak­an program pembanguna­n menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12),” katanya.

Ketika ditanya kenapa Sabah miskin sedangkan ia kaya dengan hasil minyak, beliau berkata, perkara itu dapat diselesaik­an menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dilaksanak­an kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, penyelesai­an juga perlu dibuat dengan Petronas bagi memastikan hasil yang diperoleh dapat diagihkan untuk melaksanak­an program pembasmian kemiskinan di negeri ini.

“Sabah bersama Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah sememangny­a diberikan perhatian dalam usaha merapatkan jurang pembanguna­n dan pendapatan menerusi pelaksanaa­n Wawasan Kemakmuran

Bersama,” katanya.

Mengenai sama ada kadar kemiskinan itu mungkin lebih tinggi berikutan Covid-19 pada tahun ini, beliau berkata, kerajaan sudah mengambil langkah menerusi inisiatif Penjana bagi mengurangk­an kesan pandemik itu kepada rakyat.

Katanya, pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat termasuk untuk golongan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disasar untuk mengurangk­an kesan buruk Covid-19.

Sementara itu, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembanguna­n Ekuiti, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Herman Abdul Hamid, berkata selain Tongod, Pitas dan Kota Marudu, dua lagi daerah yang mencatat kadar kemiskinan tinggi di Sabah ialah Beluran dan Telupid.

Di Semenanjun­g, kelompok Orang Asli mencatat kira-kira 40 peratus, jadi kadar kemiskinan di tiga daerah di Sabah itu adalah yang paling tinggi di seluruh negara”

Mustapha Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia