Harian Metro

DILANDA BADAI DUGAAN

Zuzana sara keluarga lepas suami hidap penyakit kronik tiada penawar

- Oleh Murnaena Muhammad Nasir am@hmetro.com.my

Baru dua tahun mengecapi nikmat perkahwina­n tetapi sekelip mata, Zuzana Mohd Talib, 29, diuji apabila suaminya, Amirul Hadi Ahmad Rafia’i, 29, disahkan menghidap Multiple Sclerosis (MS) iaitu penyakit kronik yang tiada penawar.

Bagi Zuzana, terasa baru semalam dia mengecap nikmat perkahwina­n dan kehadiran cahaya mata, Nadien Elayna Amirul Hadi pada 31 Mei tahun lalu cukup membuatkan pasangan ini bahagia.

Namun, menurut Zuzana, dia harus kuat menempuh dugaan itu dan menggalas tanggungja­wab menjaga suami serta anak mereka.

“Sepanjang tempoh ini, saya cukup bahagia dikurniaka­n suami yang penyabar dan memahami.

“Isteri mana tidak sedih suami sakit, tetapi saya harus kuat demi suami dan anak,” katanya ditemui di rumah sewanya di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.

Menurutnya, penyakit MS mempengaru­hi emosi seseorang dan kerana itu walaupun dia penat menyiapkan tempahan biskut pelanggan, dia tidak pernah meninggalk­an suaminya sendirian.

“Hasil pembacaan dan perkongsia­n rakan di media sosial yang menghidap penyakit sama, ramai mengalami gangguan mental terutama murung.

“Kebiasaann­ya, saya tidak biar suami diam saja dan selalu menegur serta bercakap dengannya,” katanya.

Menceritak­an detik awal serangan penyakit MS pada suaminya, Zuzana berkata, ia bermula pada sambutan hari pertama Aidilfitri.

“Pada awalnya, suami kerap sakit tengkuk dan pening kepala namun kami menyangka itu hanyalah migrain.

“Pada malam raya, Hadi (suami) mengadu mata kiri kabur dan keesokan harinya dia pengsan hingga dikejarkan ke wad kecemasan,” katanya.

Zuzana berkata, kini hidupnya bertukar 180 darjah apabila perniagaan, 91 Doorgift yang dahulunya diusahakan bersama suami kini perlu dipikul sendiri.

Katanya, doktor pakar memberitah­u punca penyakit tidak dapat dikenal pasti dan sejak lima bulan lalu sudah tiga serangan saraf berlaku pada suami.

“Dalam keturunan keluarga saya mahupun suami tiada yang menghidap penyakit ini. Doktor beritahu MS yang dihadapi suami menyerang agak agresif berbanding pesakit lain.

“Sekarang merupakan serangan ketiga menyebabka­n anggota badan bahagian kiri dari kepala hingga kaki kebas menyebabka­n suami tidak boleh berjalan sejak dua minggu lalu.

“Malah, sejak Ogos lalu, pandangan mata sebelah kiri suami menjadi berganda (diplopia),” katanya menceritak­an keadaan suaminya. Zuzana kini menyara keluargany­a dengan menjual biskut cip coklat, De Cookish berharga daripada RM9 hingga RM28 mengikut saiz balang secara dalam talian. Sementara itu, Amirul Hadi berkata, dia menaruh harapan tinggi untuk kembali sihat seperti dulu walaupun peluang itu tipis.

“Sedih dapat sakit ini, anak saya masih kecil lagi. Dengan penyakit yang dialami, saya tidak dapat memberikan perhatian kepadanya.

“Malah, isteri juga terpaksa berkorban menjaga saya dan menguruska­n perniagaan seorang diri,” katanya. MS ialah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabka­n keradangan sistem saraf seterusnya menyukarka­n otak menghantar isyarat kepada bahagian lain badan.

Secara beransur-ansur, MS menyebabka­n kemerosota­n otak seterusnya menimbulka­n kerosakan mental dan kehilangan upaya dari segi fizikal.

Isteri mana tak sedih suami sakit tapi Saya harus kuat demi suami dan anak Zuzana Mohd Talib

 ?? FOTO: MUHD ASYRAF SAWAL ?? ZUZANA mengelap badan suaminya, Amirul Hadi yang menghidap MS ketika ditemui di rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang.
FOTO: MUHD ASYRAF SAWAL ZUZANA mengelap badan suaminya, Amirul Hadi yang menghidap MS ketika ditemui di rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang.
 ??  ?? ZUZANA menyara keluarga dengan menjual biskut cip coklat, De Cookish.
ZUZANA menyara keluarga dengan menjual biskut cip coklat, De Cookish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia