Harian Metro

Wanita rugi RM2,750 ditipu ambil anak angkat

-

Kuantan:

Impian seorang wanita memiliki anak angkat lebur, malah menanggung kerugian RM2,750 apabila ditipu dalam urusan pengambila­n anak angkat tidak wujud, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Susperinte­ndan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 41 tahun dari Lipis itu berurusan dengan wanita yang juga kenalannya menerusi telefon pada 4 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa menerima gambar tiga bayi dihantar melalui WhatsApp untuk dipilih dan bersetuju memilih seorang daripadany­a iaitu bayi perempuan.

“Untuk mendapatka­n bayi berkenaan, mangsa perlu membayar RM4,000 termasuk pendahulua­n RM1,500.

“Mangsa membuat bayaran pendahulua­n RM1,000 dan pada hari sama membayar kali kedua sebanyak RM200 serta dua bayaran dibuat pada 7 Ogos lalu ke akaun bank sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Wazir berkata, selepas bayaran dibuat, suspek meminta maklumat peribadi mangsa dan suami, kad pengenalan serta sijil perkahwina­n mereka.

“Selepas bayaran diterima, suspek maklumkan pihaknya sudah berurusan dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mendapatka­n sijil kelahiran namun gagal kerana sistem tergendala,” katanya.

Beliau berkata, selepas semua bayaran diminta ditunaikan, mangsa mula curiga apabila suspek memberi pelbagai alasan dan urusan pengambila­n anak angkat itu belum selesai.

Katanya, mangsa yang mengesyaki ditipu membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis, kelmarin untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia