Harian Metro

ORGAN GAGAL BERFUNGSI

Punca kematian tiga gadis terhidu gas karbon monoksida di parkir kereta stesen minyak

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Kini tinggal seorang lagi mangsa yang dirawat dan mari kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh”

Organ dalaman badan gagal berfungsi selepas terhidu gas karbon monoksida menjadi punca kematian tiga gadis yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kejadian di tempat parkir kereta sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keputusan berkenaan berdasarka­n laporan bedah siasat yang dimaklumka­n kepada pihak polis.

“Laporan bedah siasat mendapati benar ketiga-tiga mangsa maut kerana pelbagai organ badan mereka gagal berfungsi disebabkan terhidu karbon monoksida.

“Kini tinggal seorang lagi mangsa yang dirawat dan mari kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh,” katanya.

Shafee berkata, kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami kebocoran di bahagian ekzos.

“Ketika juruteknik melakukan pemeriksaa­n ke atas kereta dinaiki empat mangsa dia mendapati berlaku kebocoran kerana bahagian itu mengeluark­an bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

“Kebocoran itu menyebabka­n asap disedut masuk ke ruang dalam kenderaan terbabit hingga mangsa tidak

Shafee

sedarkan diri kerana terhidu gas yang keluar,” katanya.

Dalam kejadian berkenaan, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Mereka yang belajar di sebuah kolej kejururawa­tan dekat Batu Caves, Selangor berhenti rehat sebelum tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Nor Aqilah masih dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

 ??  ?? MEKANIK, Haslam Ayob, 25, menunjukka­n Catalytic Converter yang boleh bocor dan menyebabka­n kematian apabila asap memasuki ruang dalam kenderaan melalui penghawa dingin. - Gambar FATHIL ASRI
MEKANIK, Haslam Ayob, 25, menunjukka­n Catalytic Converter yang boleh bocor dan menyebabka­n kematian apabila asap memasuki ruang dalam kenderaan melalui penghawa dingin. - Gambar FATHIL ASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia