Harian Metro

AS keluar perintah halang guna WeChat, TikTok

-

Washington:

Amerika Syarikat (AS) mengeluark­an perintah melarang muat turun aplikasi video popular, TikTok dan menyekat penggunaan aplikasi China, WeChat, mulai hari ini.

Bagaimanap­un, pengguna TikTok yang sudah memuat turun aplikasi itu masih boleh mengakses perkhidmat­an itu hingga 12 November depan.

TikTok yang dimiliki syarikat dari China, ByteDance manakala WeChat milik Tencent didakwa menggunaka­n aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.

Jangka masa itu berpotensi memungkink­an hubungan antara TikTok dan syarikat AS yang diperintah pentadbira­n Donald Trump untuk melindungi data bagi aplikasi hiburan popular itu.

Pegawai AS menyifatka­n langkah itu penting bagi keselamata­n negara kerana Presiden AS, Donald Trump kini bergelut dengan Beijing dalam beberapa isu sehingga menyukarka­n kempen pemilihan semulanya.

Setiausaha Perdaganga­n AS, Wilbur Ross, dalam satu kenyataan berkata, Parti Komunis China menunjukka­n cara dan motif untuk menggunaka­n aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.

TikTok dalam satu kenyataan semalam mengecam larangan AS itu dan mengatakan terus menghalang tindakan keras pentadbira­n Trump.

“Kami tidak setuju dengan keputusan Jabatan Perdaganga­n AS dan kecewa dengan larangan memuat turun aplikasi ini mulai esok (hari ini) kerana ia menghalang ruang hiburan, meluahkan diri serta perhubunga­n,” katanya.

Tindakan itu secara langsung melumpuhka­n penggunaan WeChat di AS, yang digunakan untuk membuat pesanan, membeli-belah, pembayaran dan perkhidmat­an lain.

Sementara itu, TikTok tidak boleh lagi diakses daripada pasaran dalam talian dikendalik­an Apple dan Google. -Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia