Harian Metro

CURANG ‘COVID-19’

Lelaki lesap bersama kekasih tipu isteri konon kena jangkitan

-

Selepas pencarian selama tiga bulan akhirrahsi­a kehilangan seorang lelaki di Mumbai terbongkar apabila sanggup menipu isteri kononnya dijangkiti Covid-19, sebaliknya mahu bersama kekasih.

Portal Gulf News melaporkan pada 24 Jun lalu lelaki dikenali sebagai Manish Mishra, bekerja di Mumbai menelefon isterinya mengatakan dia didapati positif virus itu dan kemungkina­n meninggal dunia sebelum mematikan telefonnya.

Selepas itu dia tidak pulang ke rumah menyebabka­n keluargany­a cuba menghubung­i telefon bimbitnya, tetapi gagal.

Keesokanny­a keluarga wanita itu membuat laporan di balai polis berhampira­n.

Bercakap kepada media India, polis kemudian membentuk pasukan khas untuk mencari Mishra.

Mereka mengesan telefonnya dan menemui lokasi terakhir dia berada sebelum mematikan telefon.

“Pasukan kami ke tempat berkenaan dan menemui motosikal dan kunci, beg galas yang dibawa ke tempat kerja serta topi keledarnya,” kata seorang pegawai.

Untuk memastikan itu bukan kes bunuh diri, polis memeriksa anak sungai berhampira­n dengan bantuan nelayan tempatan, tetapi tidak menemui mayatnya.

“Kami yakin dia hidup, jadi kami terus mencari,” tambah pegawai itu.

Penyiasat meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar dan mengedar gambarnya ke jabatan polis negeri lain di India.

Akhirnya, rakaman CCTV menunjukka­n Mishra dalam perjalanan menaiki kereta bersama seorang wanita.

Siasatan mendapati Mishra berada di Madhya Pradesh dan tinggal di Indore bersama wanita itu.

Pegawai polis itu dipetik berkata, lelaki itu sanggup menipu dijangkiti Covid-19 semata-mata mahu bersama kekasihnya di Indore.

Polis kemudian ke Indore dan membawa pulang lelaki itu ke Mumbai.

 ??  ?? MANISH Mishra berbaju biru.
MANISH Mishra berbaju biru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia