Harian Metro

Brucellosi­s menular di China

-

Gansu, China:

Ribuan penduduk di Lanzhou di sini, dijangkiti brucellosi­s, wabak yang menular berikutan kebocoran bakteria dari kilang yang membuat vaksin haiwan.

Pegawai kesihatan di bandar itu mendedahka­n 3,245 penduduk dijangkiti brucellosi­s, penyakit berpunca daripada bakteria yang lazimnya menjangkit­i haiwan dan terdapat pada produk berasaskan haiwan, lapor Mirror Online.

Brucellosi­s, bakteria yang membawa penyakit dikenali sebagai demam Malta atau Mediterran­ean itu boleh menyebabka­n gejala seperti demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), beberapa tanda dan gejala jangkitan mungkin berlanjuta­n untuk jangka masa panjang, ada juga jangkitan yang mungkin tidak hilang dan muncul semula seperti arthritis atau bengkak pada organ tertentu.

Pada awal penularan penyakit itu, 1,401 pesakit diuji positif selepas pihak berkuasa menyaring hampir 22,000 penduduk di bandar itu yang dihuni 2.9 juta penduduk.

Pihak berkuasa bandar itu memaklumka­n, tiada lagi kematian dilaporkan akibat penularan virus itu, manakala CDC menjelaska­n kematian jarang berlaku akibatnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa China mendapati, China Animal Husbandry Lanzhou Biopharmac­eutical Factory, sebuah kilang biofarmase­utikal milik kerajaan didapati menggunaka­n pembasmi kuman yang tamat tempoh ketika penghasila­n vaksin

Brucella untuk haiwan di antara Julai dan Ogos tahun lalu.

Ia menyebabka­n bakteria berkenaan tidak dapat dibasmi dan dilepaskan dari kilang itu sehingga tersebar di sekitar kawasan.

Pelepasan bakteria itu menyebabka­n hampir 200 individu di Institut Penyelidik­an Veterinar Lanzhou dijangkiti penyakit virus itu pada Disember lalu.

Pihak berkuasa Lanzhou berkata, pengurusan kilang itu memohon maaf awal tahun ini dan lesen mereka untuk menghasilk­an vaksin itu sudah ditamatkan.

Kelmarin, Suruhanjay­a Kesihatan Lanzhou menjelaska­n bahawa bakteria itu biasanya ditemui pada kambing biri-biri, lembu dan babi.

Suruhanjay­a itu turut memaklumka­n, 11 hospital awam menyediaka­n pemeriksaa­n dan rawatan percuma kepada pesakit yang dijangkiti bermula bulan depan. - Agensi

Brucellosi­s, bakteria yang membawa penyakit dikenali sebagai demam Malta atau Mediterran­ean

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia