Harian Metro

FASIH BERTUTUR BAHASA MANDARIN

Sekarang, walaupun masih aktif menyanyi, saya mula menceburi perniagaan sedikit-sedikit. Saya menjual kek, popia dan kuihmuih hasil air tangansend­iri Pilihan bapa hantar bersekolah di sekolah jenis kebangsaan, latih berdikari sejak kecil sangat tepat

-

Berbicara mengenai kerjaya nyanyian, Masya berkata, dia baru terbabit dengan Konsert Mysista di Genting Highlands bersama Jeryl Lee yang juga persembaha­n ketiganya di pusat peranginan terkemuka itu.

Mengulas juga pembabitan­nya yang dilihat sering menyanyika­n semula lagu bahasa Mandarin, Masya berkata, dia boleh bertutur bahasa itu kerana pernah belajar di

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chio Min, Kulim, Kedah.

“Bapa mahu saya lebih berdikari dan bergaul dengan masyarakat pelbagai kaum, jadi saya dihantar belajar ke sekolah itu dari tingkatan satu hingga lima. Namun, ketika tingkatan tiga baru saya boleh bertutur Mandarin.

“Saya tiada asas pun mulanya, tapi keluarga hantar ke kelas persendiri­an setiap minggu untuk saya belajar menguasai bahasa berkenaan. Alhamdulil­lah, sekarang saya bolehlah bertutur bahasa Mandarin dengan baik,” katanya.

Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah Yusoff berkata, kejayaanny­a dalam kerjaya dan kehidupan kini adalah hasil sokongan padu ibu bapanya. Katanya, pilihan bapa yang melatih dia berdikari sejak kecil sangat tepat. “Sekarang, walaupun masih aktif menyanyi, saya mula menceburi perniagaan sedikitmen­jual sedikit. Saya kek, popia dan kuihair muih hasil tangan sendiri.

“Saya suka mencuba dan berusaha.

MASYA

Alhamdulil­lah, tak sangka juga percubaan dilakukan itu berhasil walaupun baru beberapa bulan mula berniaga. Terima kasih kepada peminat yang menyokong saya,” katanya.

Ditanya mengenai rakaman lagu baharu, Masya berkata, semuanya masih dalam perancanga­n bersama pihak label dan dia enggan mengambil langkah terburu-buru tanpa hala tuju.

Memaklumka­n dia sentiasa bersedia mencari peluang menyertai pertanding­an nyanyian di luar negara, Masya berkata, dia pernah bertanding di Hong Kong pada 2015.

Bagaimanap­un, tahun lalu Masya sepatutnya bertanding dalam satu pertanding­an realiti TV di China, namun dia akur tidak dipilih kerana syaratnya tidak boleh memakai tudung.

“Saya sudah berada di China ketika itu.

Selepas berjaya dalam uji bakat disertai, saya dimaklumka­n perlu membuka tudung jika mahu bertanding.

“Akhirnya saya tarik diri. Saya takkan sesekali sanggup membuka tudung hanya disebabkan mahu menyertai pertanding­an menyanyi. Biarlah, itu bukan rezeki saya agaknya.

“Pada saya, secara positif banyak pertanding­an menyanyi lain yang boleh disertai lagi pada masa akan datang. Apa yang penting, saya mesti berpegang teguh dengan keyakinan dan prinsip diri,” katanya.

Mengakui tidak sedikit pun berasa kecewa atau ralat, Masya berkata, dia juga lebih fokus mahu menyertai pertanding­an nyanyian yang menilai vokal saja.

Katanya, dia belum mahir bermain muzik atau menari.

Mengulas juga pembabitan dalam pertanding­an seperti Big Stage, Masya berkata, dia berhasrat mahu menyertain­ya, tetapi belum ada rezeki.

Katanya, jika dia berpeluang menyertai

Big Stage, dia perlu memantapka­n vokal terlebih dahulu kerana tidak mahu tersingkir awal dan gagal bertahan hingga ke minggu akhir.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia