Harian Metro

KARYA SEGAR ELAK KETINGGALA­N

Somean, AlanD dan Axel Jonas bawa pembaharua­n dalam muzik menerusi lagu Jauh Semoga pendengar akan lebih memahami personalit­i muzik kami, stail yang dibawa dan kisah kami. Selagi mereka mendengar dengan hati yang terbuka, lirik itu kena di jiwa mereka, it

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Demi memartabat­kan lagi muzik tempatan seiring kemajuan industri muzik di peringkat antarabang­sa, trio Somean K-Clique, AlanD dan Axel Jonas menyimpan misi besar sentiasa tampilkan pembaharua­n dalam karya mereka.

Bagi mereka, tugas sebagai bakat baharu dalam industri muzik adalah untuk sentiasa tampil dengan elemen segar.

Dari situ, mereka berharap usaha berkenaan menjadikan industri muzik tempatan lebih ke depan.

Oleh itu, mereka tidak mahu beralah atau akur saja dengan corak pasaran tempatan yang ada cabarannya tersendiri.

Axel berkata, selagi ada ruang mereka akan sentiasa cuba mendidik pendengar tempatan supaya lebih terbuka menerima pembaharua­n dalam muzik.

“Kami adalah pemuzik generasi muda, jadi kami berharap dapat bawakan karya segar dan pembaharua­n dari segi bunyi. Ia penting untuk diketengah­kan jika tidak mahu ketinggala­n dengan industri muzik luar negara.

“Ambil saja contoh terdekat di Indonesia, industri muzik mereka sangat jauh ke depan. Mereka sentiasa dambakan perkara baharu dan segar. Jadi, kami mahu bawa elemen segar ini bagi mendidik orang ramai apa sebenarnya bunyi baharu, muzik segar ini.

“Saya rasa, cita rasa muzik di Malaysia belum terbuka sangat dan perkara baharu lambat sedikit mendapat penerimaan. Namun tak mengapa kerana ia sebahagian daripada perjalanan kami. Bagaimanap­un, saya berharap kami akan berjaya menyumbang daripada sudut itu demi membawa perubahan,” katanya.

Tampil bergabung menerusi lagu berjudul Jauh, mereka berhasrat karya dengan bunyi lebih segar itu bakal diterima baik. Paling penting, mereka mahu mesej yang disampaika­n mampu menyentuh hati pendengar.

Selain mahu membawa pembaharua­n dalam melodi

ALAND

Saya rasa, cita rasa muzik di Malaysia belum terbuka sangat dan perkara baharu lambat sedikit mendapat penerimaan. Namun tak mengapa kerana ia sebahagian daripada perjalanan kami AXEL

itu sendiri, bagi mereka lirik juga sangat penting memainkan peranan untuk sesebuah lagu meninggalk­an kesan.

Menurut AlanD pula, penting untuk mereka salurkan kisah hidup dalam lirik Jauh.

“Lagu ini mengenai percintaan jarak jauh, bagaimana lelaki itu tetap setia menunggu walau banyak rintangan. Inspirasin­ya daripada pengalaman dan situasi kami yang sama, cuma jalan ceritanya saja berbeza serta ‘jauh’ dalam pelbagai cara.

“Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini cukup relevan dengan lagu ini disebabkan banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan termasuk keluar rumah.

Jadi, dapatlah ‘feeling’ jauh itu. Apabila dengar balik, memang kena sangat dengan situasinya.

“Semoga pendengar akan lebih memahami personalit­i muzik kami, stail yang dibawa, dan kisah kami. Selagi mereka mendengar dengan hati yang terbuka, lirik itu kena di jiwa mereka, itu sajalah kami benar-benar harapkan,” katanya.

Bercerita mengenai penghasila­n lagu itu, Somean mengakui ada cabarannya untuk menyiapkan

Jauh. Bagaimanap­un, dia bersyukur dengan keserasian antara mereka menjadikan hasil lagu itu lebih sempurna.

“Bahagian paling mencabar semestinya komunikasi disebabkan saya ketika itu berada di Sabah sementara yang lain di Kuala Lumpur. Pelaksanaa­nnya perlu terperinci daripada segi masa kerana mahu disiapkan ikut masa ditetapkan.

“Bahagian lagu itu sendiri sebenarnya senang saja, tapi bahagian logistik yang ada sedikit cabaran. Semua ada stail tersendiri, kami cuma salurkan tenaga masingmasi­ng dan disebabkan keserasian yang cukup kuat antara kami, lagu ini jadi lebih sempurna.

“Untuk bahagian susunan lalu, kami cuma buat gubahan dua kali saja. Selainnya memang sangat lancar. Harap pendengar dapat terima cara penyampaia­n muzik yang kami bawakan, mesej lagu kami sampai dan apa juga pembaharua­n cuba kami buat,” katanya.

 ?? FOTO EZAIRI SHAMSUDIN ?? SOMEAN (tengah), Axel Jonas dan AlanD (kanan) mahu lagu Jauh menyentuh hati pendengar.
FOTO EZAIRI SHAMSUDIN SOMEAN (tengah), Axel Jonas dan AlanD (kanan) mahu lagu Jauh menyentuh hati pendengar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia