Harian Metro

PERSPEKTIF BAHARU SAIFUL NIZAM

Kemunculan mengacarak­an majlis akad nikah Mira Filzah jadi buah mulut warganet

-

Namun, dek kredibilit­i dan kurangnya pengacara muda, penampilan Saiful menerusi beberapa bual bicara dalam talian turut mendapat perhatian. Pendek kata, Aura mengacaran­ya tidak pernah sendu.

Apatah lagi, dia bukan saja aktif sebagai pengacara majlis, tapi juga bertindak selaku penceramah motivasi dan moderator.

“Sebelum ini orang hanya mengenali saya sebagai pembaca berita dan pengacara. Tapi, apabila saya muncul sebagai penceramah dengan memberikan

‘talk’ atau terbabit dalam program rasmi, ia membuka satu lagi perspektif baharu dalam kalangan orang sekeliling.

“Perkara ini yang membuatkan saya semakin seronok dan bangga dengan pencapaian sendiri. Sebabnya, kalau saya tidak bertindak awal, mungkin saya tidak ‘kenal’ dengan lebih mendalam apa lagi yang ada pada diri saya.

“Jadi, apabila setiap kali orang bertanya bagaimana kehidupan sekarang, saya seronok untuk berkongsi. Pada masa sama, saya mahu memotivasi­kan orang lain,” katanya.

Terbaharu, kemunculan­nya di YouTube TV3 Malaysia ketika mengacarak­an majlis akad nikah pelakon popular, Mira Filzah yang disiarkan secara langsung menjadi buah mulut penonton laman sosial itu.

Kebanyakan komen yang ditulis memuji lenggok dan lantunan suara serta kebijaksan­aan Saiful Nizam menyusun perkataan sehingga sedap didengar dan tidak membosanka­n.

“Saya agak terkejut juga apabila mendapat banyak notifikasi yang memberi maklum balas mengenai penampilan saya selaku pengacara pada majlis itu.

“Sejujurnya, ia satu penghargaa­n buat saya dan sangat berterima kasih atas kata-kata diberikan,” katanya.

Selain itu, Saiful Nizam yang juga bapa kepada dua anak turut aktif meminjamka­n suaranya dalam kebanyakan kempen dan khidmat pesanan masyarakat (PSA) membabitka­n agensi kerajaan.

Bagi Saiful, jangan takut dengan rezeki sebaliknya percaya pada bakat adalah kunci utama.

Pada masa sama,

Saiful Nizam juga turut menjalanka­n khidmat perunding pelaburan

AIA dan berjaya menjadi antara yang tertinggi dalam agensi terbabit.

 ??  ?? SELAIN mengacakan majlis, Saiful Nizam juga jadi penceramah motivasi dan moderator.
SELAIN mengacakan majlis, Saiful Nizam juga jadi penceramah motivasi dan moderator.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia