Harian Metro

TIMBA ILMU TANI DI MEDIA SOSIAL

Dua sahabat pajak tanah asalnya dipenuhi hutan seluas 40 hektar untuk tanam jagung

- Oleh Hassan Omar rencana@hmetro.com.my

Dalam kehidupan era siber sekarang, penyampaia­n ilmu tidak lagi seperti sebelum ini yang memerlukan pihak ingin menuntut ilmu hadir secara berhadapan dengan pihak menyampaik­an ilmu.

Kini, ilmu mampu disampaika­n atau ditimba melalui kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT), terutama bagi netizen yang menjadikan laman sosial Facebook atau Instagram sebagai medium utama.

Hal itulah yang dilalui dua sahabat akrab, masing-masing mahir dalam bidang juruelektr­ik dan jurutera pesawat yang membuktika­n ilmu mengenai industri penanaman jagung yang ditimba melalui Facebook mampu menjadikan mereka usahawan tani berjaya.

Norazwan Kamaruddin, 31, dan Mohd Saufee Kamarudin, 32, bermula dengan ketiadaan ilmu mengenai kaedah penanaman jagung, mereka membulatka­n tekad serta azam untuk memulakan usaha menanam jagung di kawasan seluas dua hektar di Kampung Jeram, Masjid Tanah dekat Alor Gajah pada Februari lalu.

Mereka tertarik dengan ilmu yang dicurahkan seorang pemilik akaun Facebook yang mengusahak­an tanaman berkenaan di kawasan seluas 40 hektar di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengan meneliti kaedah penanaman, penjagaan, penuaian dan pemasaran yang disediakan pemilik akaun itu, kedua-dua sahabat terbabit memulakan usaha berkenaan dengan memajak tanah yang asalnya dipenuhi hutan.

Norazwan menjelaska­n, selain menimba ilmu daripada pemilik akaun terbabit, mereka turut membuat penelitian melalui carian dalam pelbagai laman sesawang mengenai kaedah penanaman jagung, risiko dan cabaran yang menunggu.

Sehubungan itu, mereka memberanik­an diri membuat pelaburan awal tidak kurang daripada RM10,000 untuk membersihk­an hutan, membajak tanah dan menabur kapur sebelum memulakan usaha menanam jagung mutiara.

Tuaian pertama selepas tempoh berkenaan, kami memperoleh 9,000 tongkol (biji) jagung mutiara yang amat digemari peniaga jagung rebus kerana ia lebih lembut berbanding jenis lain NORAZWAN

 ??  ?? NORAZWAN menunjukka­n jagung pulut yang ditanam di ladangnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah dekat Alor Gajah.
NORAZWAN menunjukka­n jagung pulut yang ditanam di ladangnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah dekat Alor Gajah.
 ??  ?? MEMERIKSA minyak enjin pengepam air.
MEMERIKSA minyak enjin pengepam air.
 ??  ?? MENGANGKAT batang jagung untuk dijual kepada penternak lembu.
MENGANGKAT batang jagung untuk dijual kepada penternak lembu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia