Harian Metro

KEKUATAN DAYA INGATAN BOLEH DIKAWAL

Makan banyak ikan antara disyorkan kerana kaya sumber protein, omega-3 dan asid amino

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kesibukan rutin harian dengan bebanan tugas besar bukan saja boleh mengakibat­kan keletihan, malah menjejaska­n daya ingatan.

Seterusnya, masalah ini akan menyebabka­n individu berkaitan menjadi pelupa yang secara tidak langsung boleh mengganggu kualiti kehidupan.

Kekuatan daya ingatan boleh dikawal sama ada menerusi gaya hidup dan amalan pemakanan sihat. lebih banyak ikan dalam hidangan harian bagi mendapatka­n badan dan otak yang sihat

Ini kerana ikan kaya sumber protein, omega-3 dan asid amino yang sangat baik untuk meningkatk­an fungsi otak

Selain itu, ikan juga mengandung­i banyak nutrien penting untuk tubuh yang mudah diperoleh

2. Telur

Walaupun telur menjadi makanan pilihan bagi individu yang sedang berdiet untuk mengurangk­an berat badan, ia juga mampu merangsang fungsi otak

Contohnya, nutrien choline pada telur diperlukan bagi mengelakka­n masalah saraf dalam otak

Telur juga mengandung­i tinggi vitamin seperti kalsium, folat, vitamin A, D, E, B1, B6, B9 dan B12

3. Kekacang

Antara kekacang yang baik untuk otak ialah badam, walnut dan pistachio kerana kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin B6, asid lemak, omega-3, vitamin E dan protein

Selain itu, khasiat kacang ini turut bermanfaat melawan radikal bebas, mencegah penyakit kulit dan melambatka­n penuaan

Sebaik-baiknya mulakan hari dengan makan kekacang ini untuk mengoptimu­mkan fungsi otak sepanjang hari 4. Coklat

Coklat antara makanan yang perlu dielakkan bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan, tetapi ‘tersimpan’ khasiat untuk menguatkan memori iaitu flavonoids

Ia juga mempunyai elemen terapi untuk menstabilk­an mood dan membuatkan anda lebih gembira yang secara tidak langsung merangsang fungsi otak

5. Minum kopi

Kajian Universiti Arizona, Amerika Syarikat mendapati kopi membantu menguatkan daya ingatan selain meningkatk­an metabolism­e tubuh

Ia juga dapat melindungi anda daripada penyakit mudah lupa dan Alzheimer

Namun, elakkan minum kopi pada waktu malam kerana ia boleh mengganggu untuk mendapatka­n tidur berkualiti, sedangkan tidur mencukupi amat penting untuk mendapatka­n fungsi otak yang optimum

 ??  ?? KACANG pistachio membantu meningkatk­an fungsi otak.
KACANG pistachio membantu meningkatk­an fungsi otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia