Harian Metro

Semak sebelum percaya testimoni produk kesihatan

-

Iklankan produk kesihatan sebagai medium menyiarkan maklumat berkaitan fungsi atau kebaikan sesuatu produk.

Namun kini semakin banyak produk kesihatan diiklankan di media sosial dan promosinya turut dibantu selebriti media sosial.

Berikutan itu, timbul persoalan sejauh manakah testimoni dan iklan ini boleh dipercayai bagi menjamin keselamata­n pengguna?

a. Keperluan undangunda­ng dalam pengiklana­n

Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 menyatakan larangan mutlak bagi pengiklana­n ubat atau produk kesihatan bagi tujuan mendiagnos­is, mencegah atau merawat 20 jenis penyakit seperti yang disenaraik­an di bawah akta ini.

Antara penyakit dimaksudka­n ialah jantung, buah pinggang, barah, asma, tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkata­n fungsi seksual.

Pengiklana­n berkaitan penggugura­n anak juga dilarang di bawah akta ini.

Pengiklana­n ubatubatan atau produk kesihatan berdaftar bagi tujuan selain 20 jenis penyakit itu pula dibenarkan, tetapi perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat sebelum iklan boleh disiarkan kepada umum.

b. Peranan Lembaga Iklan Ubat (LIU)

LIU berperanan memberikan kelulusan kepada iklan produk dan perkhidmat­an disiarkan.

Iklan yang diluluskan akan diberi nombor kelulusan oleh LIU. Contoh, KKLIU 1234/2020.

Nombor ini memberi maklumat tahun iklan itu diluluskan iaitu 2020 dan ia akan tamat pada 31 Disember tahun ketiga kelulusan diberikan iaitu pada 2022.

Sekiranya terdapat iklan ubat-ubatan yang disiarkan tanpa memaparkan nombor siri kelulusan LIU, pengguna boleh menganggap iklan ini tidak diluluskan LIU dan segala maklumat pada iklan berkenaan diragui kesahihann­ya. c. Tahap kebolehper­cayaan testimoni dalam media sosial

Berdasarka­n kajian pada 2019, hampir 80 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses kepada Internet dan telefon pintar yang membolehka­n mereka mengakses media sosial.

Kajian Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukka­n, 78.3 peratus rakyat Malaysia menggunaka­n media sosial untuk aktiviti pembelian dalam talian.

Kajian ini juga menunjukka­n 77.2 peratus pengguna cuba mendapatka­n maklumat berkaitan masalah kesihatan melalui Internet.

Bagi iklan diluluskan LIU, setiap testimoni yang akan disiarkan perlu menyatakan dengan jelas maklumat pemberi testimoni itu.

Oleh itu, LIU dapat memastikan bahawa pemberi testimoni adalah benar wujud dan dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan lanjut.

Sebaliknya, bagi iklan tidak diluluskan LIU, testimoni yang disiarkan boleh diragui kerana tiada maklumat mengenai pemberi testimoni ini dan berkemungk­inan kenyataan diberi tidak tepat dan palsu.

Testimoni ialah perakuan sebagai bukti dalam sesuatu keterangan yang diberikan.

Kebiasaann­ya, dalam pengiklana­n produk kesihatan berdasarka­n pengalaman pengguna produk, bukan melalui kajian klinikal.

Kajian klinikal adalah kajian yang dijalankan secara saintifik mengikut protokol tertentu oleh individu mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.

d. Cara mengenali kesahihan testimoni dalam iklan

LIU akan memberi kelulusan iklan dengan testimoni, tetapi hanya setelah membuat penilaian menyeluruh terhadap testimoni terbabit.

Jika maklumat individu yang memberi testimoni tidak wujud atau kenyataan dalam testimoni tidak tepat, iklan testimoni ini tidak akan diluluskan.

Setiap iklan testimoni yang diluluskan berhubung kegunaan (indikasi) sesuatu produk perlu disertai pernyataan bahawa ‘kesan produk ini mungkin berbeza antara individu’.

Oleh itu, pastikan anda menyemak semua keperluan ini dan memastikan ia dipaparkan dalam iklan sebelum mempercaya­i sesuatu testimoni yang diberikan berkaitan mana-mana produk kesihatan.

Pengguna perlu sedar testimoni yang berlebihan atau mendakwa semuanya bagus dan sangat berkesan bagi sesuatu produk berkemungk­inan testimoni yang sengaja direka atau testimoni palsu.

e. Awas taktik penjual produk

Perkembang­an teknologi informasi dan penggunaan Internet yang meluas membuka peluang kepada penjual untuk mempromosi­kan produk mereka dengan cepat, mudah dan kos rendah.

Penjual juga menggunaka­n taktik pengiklana­n yang mengeliruk­an pengguna agar mereka mudah terperdaya dan terpengaru­h untuk membeli produk diiklankan.

Pengiklan akan menggunaka­n kenyataan seperti ‘diluluskan oleh KKM’, ‘selamat’, ‘berkesan’, ‘makanan atau minuman kesihatan’, ‘suplemen bukan ubat’ dan ‘tiada bahan kimia’ yang akan mempengaru­hi pengguna untuk membeli produk berkenaan.

Berikut adalah langkah mudah bagi mengenal pasti iklan yang boleh dipercayai:

Bagi iklan produk berdaftar, pastikan ada nombor KKLIU dan nombor pendaftara­n produk MAL dipaparkan dalam iklan.

Bagi iklan selain produk berdaftar seperti produk makanan atau kosmetik, pastikan iklan tidak mengandung­i kenyataan bahawa produk ini sesuai untuk masalah kesihatan.

Disediakan oleh: Umikalsom Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan,

Bahagian Penguatkua­saan Farmasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia