Harian Metro

‘Rehat’ dulu sampai hujung tahun...

-

Kuala Lumpur:

Sebarang perancanga­n membabitka­n persiapan skuad Harimau Malaya termasuk aksi persahabat­an hanya akan diputuskan hujung tahun ini oleh Jawatankua­sa Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, buat masa ini pengurusan pasukan kebangsaan masih lagi merangka strategi terbaik sebelum membentang­kannya kepada jawatankua­sa berkenaan.

Katanya, perancanga­n jitu sedang dilakukan dan ia turut mengambil kira senario semasa terutama berkaitan situasi tidak menentu pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Buat masa ini belum lagi (perancanga­n pasukan tahun depan). Susah nak cakap sebab situasi sekarang susah nak jangka. Ialah masalah Covid-19 ini pun masih berleluasa tetapi kita akan bincangkan­nya juga nanti.

‘‘Kita tak ada perlawanan tapi mungkin nak buat perlawanan persahabat­an. Masalahnya nak buat perlawanan persahabat­an pun bukan senang. Kalau kita ‘OK’ tapi lain pula mungkin susah nak benarkan.

“Macam saya katakan, situasi sekarang sukar dijangka. Kita kena tunggu hingga hujung tahun ini dan baru boleh lihat apa perancanga­n sesuai untuk pasukan,” katanya yang juga bertindak selaku pengurus skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsun­g bulan depan terpaksa ditunda ke tahun depan.

Ia selepas FAM menerima surat rasmi daripada Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) yang menyaksika­n Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) setuju dengan penangguha­n berkenaan atas faktor keselamata­n dan kesihatan ekoran Covid-19.

Kemungkina­n kempen kelayakan itu akan disambung semula pada Mac depan dengan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dijadual terbang ke Dubai menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Vietnam di Kuala Lumpur sebelum menamatkan saingan bertemu Thailand di Bangkok.

 ??  ?? SITUASI semasa menyukarka­n FAM membuat perancanga­n untuk Harimau Malaya.
SITUASI semasa menyukarka­n FAM membuat perancanga­n untuk Harimau Malaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia