Harian Metro

Norizam tuntut pemain raih kemenangan di Kuching

-

Kuala Lumpur:

Tiada lagi alasan buat skuad Liga Perdana Kelantan gagal memperagak­an aksi terbaik menjelang baki empat aksi untuk mengumpul 12 mata maksimum sekali gus layak ke Liga Super musim depan. Pemilik Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Norizam Tukiman yang sudah menjelaska­n kesemua tunggakan gaji membabitka­n pasukan semasa kelmarin, mahu anak didik Yusri Che Lah membawa balik tiga mata penuh dari Kuching, Sarawak.

TRW dijadualka­n menentang Kuching FA di Stadium Negeri Sarawak, malam ini.

Jelas Norizam, barisan pemain digesa berusaha mencapai kemenangan bagi memperbaik­i kedudukan pasukan yang kini menghuni tangga kelapan dengan mengumpul lapan mata.

Meskipun ketinggala­n hampir sembilan mata dengan dua pasukan teratas iaitu Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, namun ia dilihat tidak mustahil untuk memintas dengan syarat wajib melakar semua kemenangan dalam baki empat aksi sambil mengharap yang lain tergelinci­r.

“Gaji dah bayar, duit dah masuk. Alasan apa lagi kalau tak menang usaha teruskan. Berjuang,” katanya di laman Facebook miliknya semalam.

Kelmarin, usahawan dan pakar pelaburan itu membuat bayaran tunggakan gaji untuk enam bulan terkini bagi pemain dan pegawai pasukan semasa yang beraksi di Liga Perdana membabitka­n keseluruha­n bayaran RM3.6 juta.

Selain itu, masalah gaji yang dihadapi pegawai dan bekas pemain Kelantan sejak tiga tahun lalu turut berakhir selepas Norizam melunaskan bayaran RM2.4 juta.

Bayaran dibuat secara penuh kepada 15 pegawai dan pemain yang pernah beraksi untuk pasukan itu bagi musim 2017 hingga 2019.

Ini termasuk kepada beberapa bintang bola sepak seperti bekas kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan pemain lain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Branden Gan, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Celin, Seydi L Imam, Mohd Farisham Shah Rosli, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Mohd Nor Farhan Mohamad.

 ??  ?? NORIZAM
NORIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia