Harian Metro

‘LUPAKAN REKOD LALU’

Ishak mahu anak buah waspada aksi berdepan Bos Gaurus

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Walaupun rekod empat pertemuan terakhir lebih memihak kepada PDRM FC sebelum ini, ia bukan jaminan skuad itu mampu menundukka­n Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Berdasarka­n rekod lalu, kedua-dua pasukan bertemu empat kali dalam saingan liga pada 2015 dan 2016 menyaksika­n skuad The Cops melakar dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan sebelum PDRM terjerumus ke Liga Perdana tahun berikutnya.

Pengendali pasukan, Ishak Kunju berkata, kejayaan lalu bukan jaminan buat anak buahnya untuk meraih kemenangan kerana kedua-dua barisan pemain sudah berubah 100 peratus.

Jika dulu skuad beruniform itu dilimpahi dengan bintang bola sepak tanah air, senario itu kini berbeza dengan pasukannya rata-rata dibarisi anggota PDRM.

Malah, skuad The Bos Gaurus juga berada pada tahap terbaik apabila dikuatkan dengan beberapa pemain kebangsaan serta import yang berkualiti.

“Tak boleh (lihat rekod lalu). Kita musim ini hanya guna dua pemain import dan selebihnya anggota polis yang bermain untuk pasukan. Ia jauh sama sekali dengan pasukan

2015 dan 2016, begitu juga Perak. Mereka ada pemain dan jurulatih yang bagus, jadi kami kena turun dengan pendekatan dan permainan yang baik,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Jelasnya lagi, biarpun pasukannya menggunaka­n pemain separuh profesiona­l, namun skuadnya memiliki aura tersendiri iaitu semangat yang kuat untuk membawa kejayaan kepada pasukan PDRM.

“Walaupun kami ramai pemain PDRM, tetapi itulah keistimewa­an pasukan kerana pemain beraksi semangat atas jersi dan logo polis. Semangat mereka kuat dan ia berbeza dengan pasukan lain,” katanya.

Mengulas mengenai peluang skuad kendaliann­ya, beliau mengakui Perak adalah pasukan pilihan pada malam ini.

“Kita kena menang untuk hidupkan peluang kekal di Liga Super musim depan,” katanya.

 ??  ?? The Cops pertaruh semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain berdepan lawan.
The Cops pertaruh semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain berdepan lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia