Harian Metro

Dollah yakin pemain kekal momentum

- Oleh Asrol Awang sukanteam@ nstp.com.my

Dengan komitmen dan fokus yang tinggi, saya yakin pemain yang diberi tanggungja­wab akan membantu pasukan mengutip tiga mata di tempat lawan”

Kuantan:

Skuad Pahang yang masih berdepan krisis kecederaan membabitka­n pemain utama turun dengan misi meraih tiga mata apabila berdepan Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran, malam ini.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, kemenangan 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu diyakini menyuntik semangat buat anak anak buahnya untuk mengekalka­n momentum itu.

“Saya percaya pemain dapat meneruskan prestasi itu atau bermain dengan lebih bagus untuk menafikan Felda United daripada mengutip mata.

“Beraksi di padang tiruan STAR, skuad Pahang menjalani latihan di padang sintetik Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) kelmarin sebagai persediaan.

“Dengan komitmen dan fokus yang tinggi, saya yakin pemain yang diberi tanggungja­wab akan membantu pasukan mengutip tiga mata di tempat lawan.

“Peningkata­n prestasi yang dipamerkan pemain muda juga turut membantu memperkema­skan jentera pasukan,” kata

Dollah Salleh

Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan.

Pada perlawanan malam ini, Mohd Faisal Abdul Halim dijangka terus menjadi sandaran utama skuad Tok Gajah untuk merobek gawang The Fighters.

Berbekal dua gol dijaringka­n Mohd Faisal setakat ini, Dollah yang tidak dapat menurunkan Dickson Nwakaeme mengharapk­an penyudah berbisa daripada penyerang itu.

Pada masa sama, peluang penyerang import dari Brazil, Ivan Carlos yang mengalami kecederaan pangkal paha untuk beraksi juga 50-50.

Sementara itu, pengendali Felda United FC, Mohd

Nidzam Jamil mengakui kelab itu bakal berdepan cabaran getir apabila melayan kunjungan Pahang di tempat sendiri.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu berkata, The Fighters mempunyai misi besar iaitu melakar kemenangan ke atas skuad Tok Gajah untuk mengelak berada di kedudukan tercorot.

“Menang ke atas Pahang akan membantu pasukan untuk memperbaik­i kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super. Mahu atau tidak kami tiada pilihan lain kecuali berusaha untuk mengutip mata maksimum dengan baki empat perlawanan.’’

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia