Harian Metro

JUMPA SELEPAS TIADA

- lapor Amran Yahya.

Seorang suami hanya mampu merenung sayu wajah isterinya yang sudah terbujur buat kali terakhir selepas tiba di tanah air sebaik dibenarkan pulang dari Lubnan. Beliau yang bertugas sebagai anggota Malbatt 850-7 hadir ke majlis pengebumia­n isterinya di Kuala Pilah dengan memakai sut perlindung­an diri (PPE) kelmarin. Isterinya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Kisah sedih ini dikongsi MALBATT dalam FB hingga mendapat simpati netizen,

Identiti dua beranak yang maut dalam nahas membabitka­n sebuah treler hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai di sini, petang kelmarin sudah dikenal pasti.

Mangsa terbabit, Riya Mohd Afit berusia 40-an warga Indonesia dan dipercayai isteri kepada pemandu treler terbabit serta anak mereka, Tamin Fardan Mohd Elias berusia tiga tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­san Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Superinten­dan Zakaria Abd Rahman berkata, pemandu, Mohd Zuki Bakar, 45, cedera di paha.

“Waris pemandu sudah dihubungi dan spesimen darah diambil untuk ujian toksikolog­i,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zakaria berkata, kejadian berlaku pada jam 2.40 petang selepas treler berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan sebelum melanggar tebing batu di tepi jalan.

“Anggota polis sudah melawat lokasi kejadian dan treler berkenaan ditahan untuk pemeriksaa­n Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom),” katanya.

Semalam dilaporkan treler berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala Cameron Highlands sebelum terbabas di kawasan itu.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa keadaan treler yang hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan treler yang hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.
 ??  ?? KEADAAN treler yang kemalangan di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai.
KEADAAN treler yang kemalangan di Kilometer 20 Jalan Keramat Pulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia