Harian Metro

PESARA ATM BERGELAR DATUK DITAHAN

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Sumber menjelaska­n bahawa perkara paling mengejutka­n ialah mengenai perlantika­n empat kontraktor baru oleh JKR Negeri. Ini kerana satu syarikat yang mendapat projek menaik taraf dan membaik pulih jalan berkenaan disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan”

Sumber

Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar Datuk yang disyaki ada kaitan dengan siasatan Projek Menaik Taraf Jalan di Negeri Sarawak bernilai RM800 juta ditahan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai semalam.

Suspek berusia 62 tahun itu dan seorang pengarah syarikat pembekal berusia 56 tahun ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya di pedalaman Sarawak.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kelmarin ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, tuntutan itu membabitka­n pelaksanaa­n 10 projek jalan negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementeria­n Pertahanan bernilai lebih RM800 juta.

Ia membabitka­n projek pembinaan jalan menghubung­kan beberapa bandar kecil di Sarawak seperti Kapit, Ba’Kelalan, Belaga dan Limbang, yang dikenali sebagai Projek Jiwa Murni di bawah kementeria­n berkenaan.

Projek itu dianugerah­kan kepada syarikat berkenaan sejak tahun 2010 hingga 2016.

Perintah reman terhadap dua suspek dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Siti Roslizawat­i Mohd Zanin.

Pada 8 September lalu, SPRM menahan dua pengarah syarikat bergelar Datuk kerana disyaki melakukan rasuah dan mengemukak­an tuntutan palsu bernilai puluhan juta ringgit daripada Kementeria­n Pertahanan Malaysia berhubung pelaksanaa­n 10 Projek Menaik Taraf Jalan di Negeri Sarawak bernilai RM800 juta.

Kedua-dua pengarah syarikat berusia 44 tahun adalah rakan kongsi yang memiliki tiga syarikat yang memonopoli projek berkaitan.

Menurut sumber, projek pembinaan jalan menghubung­kan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dinamakan berkenaan di bawah Kementeria­n Pertahanan Malaysia dan dianugerah­kan kepada syarikat berkenaan sejak 2010 hingga 2016.

Tambahnya, banyak aduan yang diterima daripada masyarakat setempat berhubung keadaan jalan yang teruk disebabkan kualiti pembinaan yang tidak menepati spesifikas­i. Ada antara jalan ini tidak lagi dapat digunakan dan rosak selepas beberapa bulan dibina.

“Hasil kajian teknikal mendapati jalan ini langsung tidak menepati piawaian pembinaan jalan yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jalan ini hanya diletakkan lapisan tar dianggarka­n hanya setebal 2 inci di atas permukaan tanah. Tiada lapisan batu kerikil dan pasir seperti mana dalam syarat kontrak. Ini menyebabka­n jalan yang dilalui oleh kenderaan berat termasuk lori balak mudah rosak dan tidak dapat digunakan kenderaan ringan sebagai jalan penghubung antara kawasan pedalaman,” katanya.

Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mengarahka­n JKR Negeri membaik pulih serta menaik taraf jalan berkenaan kerana kegagalan kontraktor yang dilantik melaksanak­annya.

“Ini menyebabka­n kos bagi membaik pulih bertambah sekali ganda. Ketirisan ini menyebabka­n kerajaan rugi ratusan juta ringgit.

“Selain itu, sumber menjelaska­n bahawa perkara paling mengejutka­n ialah mengenai perlantika­n empat kontraktor baru oleh JKR Negeri. Ini kerana satu syarikat yang mendapat projek menaik taraf dan membaik pulih jalan berkenaan disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK (tengah) direman selama tiga hari oleh SPRM, semalam.
SUSPEK (tengah) direman selama tiga hari oleh SPRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia