Kementerian arah siasatan komprehensif!
Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Manusia sudah mengarahkan siasatan komprehensif bagi mengenal pasti punca tragedi dan menghentikan sebarang aktiviti pemasangan dinding parapet bagi tujuan siasatan.
Ia susulan seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, kelmarin.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, kementerian sudah mengarahkan sepasukan penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk menjalankan siasatan komprehensif bagi mengenal pasti punca kejadian.
Menurutnya, langkah itu bagi menentukan sama ada terdapat perlanggaran kehendak perundangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Sehubungan itu, JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengeluarkan arahan serta- merta menghentikan sebarang aktiviti kerja pemasangan dinding parapet itu bagi tujuan siasatan.
“Mengikut Akta Keselamatan dan
Kesihatan
Pekerjaan 1994 adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya mahupun orang awam. “Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.
Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan,” katanya semalam.
Awang berkata, selain itu, Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengurusan) 2017 ataupun OSHCIM juga mengkehendaki setiap pihak berkepentingan dalam industri pembinaan termasuk pelanggan, pereka bentuk dan kontraktor, memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing di tempat kerja bermula daripada peringkat reka bentuk projek pembinaan.
“Kementerian memandang serius setiap kemalangan dan penyakit yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes membabitkan orang awam di sektor pembinaan.
“Kementerian menerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan
JKKP sentiasa komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan
(KKP) di negara ini termasuk di dalam sektor pembinaan,” katanya.
Beliau berkata, kementerian juga ingin menzahirkan rasa dukacita kepada mangsa dan keluarga mangsa kes kemalangan membabitkan dinding parapet yang jatuh dari struktur
Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja