Harian Metro

SAFIEY DIDENDA RM23,000

Mengaku bersalah jual, miliki produk kesihatan tak berdaftar dengan KKM

-

Syarikat milik usahawan kosmetik Safiey Ilias semalam didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menjual dan memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap DSI Empire Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatny­a Safiey Alias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 26, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan dihadapi.

Mohamad Aizat menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama manakala RM18,000 bagi kesalahan kedua terhadap syarikat itu yang merupakan orang kena saman (OKS) dalam kes berkenaan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, OKS didakwa menjual keluaran yang bukan keluaran berdaftar iaitu Aurora SX Premium 30 caps sebanyak tiga kotak kepada seorang individu dan juga memiliki 112 kotak produk sama yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

OKS dituduh melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di premis syarikat itu di Jalan Kolam Air Panas, Desa Melawati di sini pada 11 pagi, 8 Mei 2019.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, OKS didakwa mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, seksyen itu memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100,000.

Terdahulu, Safiey dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangk­an perniagaan­nya sudah tidak berjalan sejak setahun lalu selain turut memaklumka­n mempunyai masalah kesihatan.

“Saya mohon maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat hadir untuk sebutan kes sebelum ini, saya ada masalah kesihatan,” katanya.

Mohamad Aizat turut menasihati Safiey supaya lebih peka dengan produk kesihatan dan kosmetik dijual termasuk keperluan pendaftara­n dengan KKM.

“Saya berharap kesalahan ini tidak berulang lagi pada masa akan datang, kamu (Safiey) usahawan kosmetik seharusnya peka terhadap segala jenis ubat-ubatan atau kosmetik yang akan diguna pakai oleh masyarakat umum.

“Tujuan pendaftara­n ini (produk kesihatan) ialah untuk menjaga keselamata­n pengguna, sebagai contoh kalau ada suplemen atau produk kesihatan dimakan dan memberi bahaya, kamu akan dipertangg­ungjawabka­n,” katanya.

Pegawai Pendakwa Ahmad Zuhri Md Ali daripada Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran memandangk­an Safiey adalah usahawan kosmetik tempatan yang popular.

“Beliau harus memastikan produk kesihatan yang ingin dijual atau diguna didaftar dengan KKM supaya ia selamat digunakan pengguna,” katanya.

Sebelum ini difahamkan Safiey dikenakan waran tangkap sebanyak dua kali iaitu pada 15 Mei dan 6 Ogos lalu selepas gagal hadir di mahkamah bagi prosiding kes itu. - Bernama

Saya berharap kesalahan ini tidak berulang lagi pada masa akan datang Mohamad Aizat

 ??  ?? SAFIEY turut memohon maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat hadir untuk sebutan kes sebelum ini kerana mempunyai masalah kesihatan.
SAFIEY turut memohon maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat hadir untuk sebutan kes sebelum ini kerana mempunyai masalah kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia