Harian Metro

Tangguh bicara susulan ujian Covid-19

-

Kuala Lumpur:

Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarka­n permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menangguhk­an perbicaraa­n kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dihadapiny­a pada petang semalam dan hari ini susulan ujian saringan Covid-19 dijalani bekas timbalan perdana menteri itu.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumka­n kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani ujian saringan itu di Hospital KPJ Tawakal di sini, pada tengah hari semalam.

“Keputusan bagi ujian saringan pertama ialah negatif, bagaimanap­un keputusan bagi ujian saringan kedua hanya akan diketahui dalam tempoh 24 jam iaitu pada petang esok.

“Jadi kami memohon perbicaraa­n yang berlangsun­g pada petang ini dan esok dilapangka­n dan bersambung semula pada Isnin depan (28 September),” katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, pihaknya memahami keadaan itu dan tidak membantah permohonan pihak pembelaan itu.

“Namun, pihak pembelaan harus memaklumka­n kepada mahkamah selepas menerima keputusan sarilam kedua itu dengan kadar segera,” katanya.

Hakim Sequerah membenarka­n permohonan penangguha­n itu dan menetapkan 28 September untuk perbicaraa­n bersambung.

Berdasarka­n akaun media sosial rasmi milik Presiden Umno itu, beliau berada di Sabah sejak minggu lalu bagi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Pada prosiding pagi semalam, bekas setiausaha eksekutif kepada Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly memberitah­u mahkamah bahawa beliau terlebih membayar kad kredit Ahmad Zahid daripada jumlah yang sepatutnya dengan menggunaka­n cek Yayasan Akalbudi.

Mazlina, 42, berkata sejak beliau mengambil alih tugas sebagai setiausaha eksekutif daripada Datuk Rosiah Osman pada 2011, semua buku cek Yayasan Akalbudi dan cek peribadi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berada dalam simpananny­a. “Semua buku cek itu disimpan di dangan laci berkunci di pejabat saya, tetapi apabila berlakunya peralihan kerajaan pada Mei 2018, saya tidak ingat dan tidak merekodkan serta tidak membuat catatan siapa yang memegang cheque butt (keratan cek),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid, pada hari ke-41 perbicaraa­n Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ahmad Zaidi:

Mengapa Puan Mazlina guna tiga cek untuk bayar satu penyata kad kredit?

Mazlina:

Bank tidak ada komplen (masalah) mengenai perkara itu.

Saksi pendakwaan ke-90 itu bersetuju dengan peguam bahawa setiap satu buku cek mengandung­i 100 keping cek.

Ahmad Zaidi:

Puan Mazlina ada simpan rekod atau buat nota bayaran yang menggunaka­n cek (Yayasan Akalbudi dan peribadi Ahmad Zahid) untuk bayar apa?

Mazlina:

Tiada Yang Arif. Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Bernama

Hakim menetapkan 28 September untuk perbicaraa­n bersambung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia